Skip to main content

Hiburan

Nubhan Nafi Lari Dari Masalah, Sewa Rumah Untuk Jaga Emosi Anak-Anak - “Saya Tak Boleh Tengok…”

Nubhan Ahamad

Penyanyi, Nubhan menafikan dakwaan bahawa tindakannya berpindah ke rumah lain adalah kerana mahu lari daripada masalah rumah tangga.

Sebaliknya, jelas Nubhan, keputusan untuk mengasingkan diri dibuat atas pertimbangan matang demi menjaga emosi dan kesejahteraan anak-anaknya.

Advertisement

“Saya rasa kalau mengasingkan diri itu tidak menegangkan lagi keadaan, ia lebih baik. Sebab anak-anak punya emosi memang kita kena jaga. Saya tak boleh tengok anak-anak saya sedih ke apa,” katanya.

Tambahnya lagi, langkah itu bagi mengelak suasana tegang dalam rumah tangga agar tidak memberi kesan negatif kepada anak-anak.

“Sebab bila kita dah tegang dalam masalah rumah tangga ni kita tak nak mengeruhkan lagi keadaan. Memang untuk menjaga emosi anak-anak dan tak nak bagi mereka terkesan sebab masalah rumah tangga kami,” tambahnya.

 

Nubhan jelaskan sebab sewa rumah di Dengkil

Terdahulu, Nubhan menafikan dakwaan kononnya dia telah membeli sebuah rumah di Southville, Dengkil, Selangor.

Jelas Nubhan atau nama penuhnya Ahmad Nubhan Ahamad, rumah tersebut hanyalah rumah sewa yang dijadikan tempat untuknya mengasingkan diri sementara waktu bagi mengelak sebarang pertengkaran di hadapan anak-anak.

Bagaimanapun, netizen mengkritik tindakan Nubhan yang merasakan tidak wajar untuknya keluar daripada rumah kerana ia ibarat cuba lari daripada masalah. 

Untuk rekod, Nubhan pernah melafazkan talak satu kepada isterinya, Afifah, pada tahun 2017 ketika wanita itu sedang hamil enam bulan anak pertama mereka.

Namun, pasangan ini kembali rujuk, meskipun lafaz talak dan rujuk tersebut tidak dilaporkan kepada Mahkamah Syariah dan pejabat agama.

Baru-baru ini, Nubhan memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk, serta lafaz talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Sebagai info, Nubhan dan Afifah, yang juga seorang doktor gigi, mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.

Perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya (8 tahun), Ahmad Aaffan (6 tahun) dan Afzan Nayille (3 tahun).

Must-Watch Video

Advertisement