Sekilas
- Nubhan menghadiahkan katil hospital kepada ibunya, Badariah Omar, demi keselesaan beliau yang semakin lemah akibat usia.
- Dalam perkongsian TikTok, Nubhan menjelaskan ibunya tidak sakit serius tetapi badan sudah tidak sekuat dulu.
- Netizen memuji tindakan Nubhan sebagai anak yang prihatin dan peka terhadap keadaan ibunya.
Penyanyi, Nubhan mengambil inisiatif untuk menghadiahkan ibunya, Badariah Omar sebuah katil hospital demi keselesaannya.
Menerusi perkongsian di TikTok, Nubhan memaklumkan keadaan fizikal ibunya yang lebih mesra dengan panggilan Mak Jenny semakin lemah akibat faktor usia bukan disebabkan penyakit serius.
“Mak bukan sakit teruk cuma umur dah meningkat, badan pun tak sekuat dulu.
“Semua yang saya bina hari ini dari tangan wanita ini. Sekarang mak makin tak larat.
“Saya tak mampu balas segalanya, sekurang-kurangnya saya pastikan mak selesa,” maklumnya.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Nubhan sebagai seorang anak yang prihatin dan peka terhadap kondisi ibunya.


