Skip to main content

Hiburan

Norman Hakim Bina Surau Muat 100 Jemaah, Simpan Hasrat Hidupkan Tarawih Sepanjang Ramadan - “Langkah Kecil Ke Arah Masjid Pertama…”

bgfghfg

Sekilas

  • Norman Hakim berkongsi tentang usaha membina surau sebagai langkah awal untuk merealisasikan impian memiliki masjid pada masa depan.
  • Ilham itu datang selepas pengalaman rohani ketika solat Jumaat di Sapporo, Jepun, yang mengubah niat asalnya dari membina butik kepada ruang solat.
  • Surau tersebut mampu memuatkan kira-kira 100 jemaah dan akan dijadikan tempat menenangkan jiwa serta mengimarahkan solat berjemaah dan ibadah sepanjang Ramadan.

Pelakon Norman Hakim berkongsi prosesnya untuk membina sebuah ruang solat atau surau sebagai langkah awal ke arah merealisasikan impian memiliki sebuah masjid pada masa hadapan.

Menurut Norman atau nama sebenarnya Norman atau nama lengkapnya Mohamed Nurhakim Zaidon, ilham berkenaan hadir ketika dia bermusafir ke Jepun baru-baru ini.

“Langkah kecil ke arah masjid pertama Normey bermula dengan sebuah surau. Setiap binaan besar sentiasa bermula dengan niat yang jujur dan langkah yang sederhana,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Jelas Norman, asalnya dia dan pasukan merancang untuk membina butik fizikal jenama Normey, namun segalanya berubah selepas satu pengalaman rohani yang dirasai ketika menunaikan solat Jumaat di Sapporo.

“Ketika berdiri dalam saf solat Jumaat di Sapporo, Allah alihkan arah niat saya. Daripada membina ruang jual beli, kepada menyediakan ruang sujud,” ujarnya.

Tambah aktor berusia 50 tahun itu, surau berkenaan bakal mempunyai enam saf dan mampu memuatkan kira-kira 100 jemaah pada satu-satu masa.

“Surau ini diharap menjadi tempat menenangkan jiwa, lebih sejuk dan lebih damai.

“Bukan angka yang dibanggakan, tetapi amanah yang ingin dipelihara,” jelasnya.

Dalam masa sama, Norman turut mengajak qariah dan peniaga sekitar ibu pejabat Normey untuk bersama-sama mengimarahkan solat Zuhur dan Asar secara berjemaah.

Malah, dia turut menyimpan hasrat untuk menghidupkan surau tersebut sepanjang Ramadan dengan solat tarawih, doa serta ibadah malam.

“Kerana kejayaan sebenar bukan pada apa yang kita bina di dunia, tetapi apa yang menghubungkan kita dengan langit,” katanya lagi.

 

Sumber; Instagram

Must-Watch Video

Advertisement