Skip to main content

Konsert

Nidji X Bunkface Bakal ‘Pecahkan’ Megastar Arena 21 Disember Ini 

Nidji X Bunkface Bakal ‘Pecahkan’ Megastar Arena 21 Disember Ini 

Tidak ada yang lebih ‘pecah’ dan ‘gila’ apabila penganjur,  Shiraz Projects mengumumkan akan kembali dengan edisi Nusa Fest.  

Berbanding penganjuran pada tahun 2023 dengan puluhan line up yang membuat adrenalin  peminat ‘tergoncang’, penganjuran kali ini meletakkan tanggungjawab kepada hanya dua  kugiran handalan. 

Advertisement

Nusa Fest Presents - Nidji x Bunkface. Nidji mewakili Indonesia akan terus menebarkan ‘Cinta  dan Sumpah Matiku’ sementara Bunkface sebagai kugiran andalan Malaysia tentu  menjadikan kolaborasi julung kali ini ‘Malam Ini Kita Punya’ di Megastar Arena Kuala Lumpur  pada 21 Disember 2025. 

Hanya dua kugiran - Nidji dan Bunkface, namun percayalah penganjuran kali ini akan mencipta  momen epik yang tidak akan dilupakan sebelum 2026 bertandang. 

“Kenapa Nusa Fest Presents - Nidji x Bunkface? Kenapa tidak? Walaupun telah berkali-kali membuat persembahan di Malaysia, peminat Nidji tidak pernah melewatkan atau menolak  kehadiran mereka.
 
“Energi yang dibawa Nidji sentiasa ‘besar’, membuat penganjur seperti Shiraz Projects teruja  untuk melamar kugiran yang luar biasa ini membuat kolaborasi bersama Bunkface. 

“Dan selaku pemain industri, siapa yang boleh menidakkan kredibiliti Bunkface.

“Dengan karya  berkualiti dan penampilan penuh energetik, Bunkface adalah kugiran Malaysia yang sudah  membuktikan reputasi dalam banyak penganjuran sebelum ini. 

“Jadi Nusa Fest Presents - Nidji x Bunkface akan menampilkan bukan sekadar persembahan  tetapi momen epik yang tidak boleh diabaikan. 

“Nusa Fest Presents - Nidji x Bunkface juga akan melakar sejarah, menjadi saksi dua kugiran  dengan kelompok peminat silang budaya boleh menghormati dan menikmati muzik di bawah  satu bumbung dengan harmoni,” ujar Penerbit Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim. 

Bagi Sam, projek Nusa Fest Presents - Nidji x Bunkface yang bakal berlangsung di Megastar  Kuala Lumpur pada 21 Disember 2025 membuktikan sinergi pemuzik Malaysia-Indonesia  sentiasa mengalir dengan baik. 

“Setelah mempertimbangkan dan memaklumi hakikat bahawa Nusa Fest Presents - Nidji x  Bunkface bukan sekadar sebuah persembahan pentas yang biasa, maka Bunkface bersetuju  untuk terlibat dalam projek ini. 

“Nusa Fest Presents - Nidji x Bunkface bukan sekadar tapak konsert, bukan sekadar naik  pentas buat persembahan tetapi akan menjadi momen paling berharga buat peminat kami,”  ujar sang vokalis Bunkface, Sam. 

Nidji pula menyifatkan perkongsian pentas bersama Bunkface sebagai sebuah penghormatan  besar buat mereka.

“Memang Nidji dan Bunkface pernah bermain dalam festival yang sama  namun sepanggung hanya kami berdua adalah sebuah penghormatan buat kami. 

“Selamat bersenang-senang bersama Nusa Fest Presents - Nidji x Bunkface nanti kerana  hanya yang terbaik akan kami persembahkan buat dinikmati di Megastar Arena pada 21  Disember kelak,” ujar vokalis Nidji, Ubay. 

Dengan Nidji dan Bunkface yang sudah bersemangat bertemu peminat, maka adalah satu  ‘dosa besar’ jika tidak memiliki tiket Nusa Fest Presents - Nidji x Bunkface. 

Tiket dengan harga dan kategori Rockzone (Standing) RM228, Diamond (Seated) RM198,  Platinum (Seated) RM168 boleh dibeli melalui www.ticket2u.com.my, akan mula dijual pada  2 Oktober 2025 bermula pukul 10 pagi.

Must-Watch Video

Advertisement