Pasangan terkenal Hollywood, Nicole Kidman dan Keith Urban dilaporkan telah bercerai pada usia perkahwinan 19 tahun.
Pemenang empat kali Oscar dan penyanyi country itu telah berkahwin sejak Jun 2006. Mereka juga dikurniai dua anak iaitu
Sunday Rose, 17 dan Faith Margaret, 14.
Advertisement
Namun sumber memberitahu mereka bercerai selepas sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu, lapor BBC.
Sementara itu TMZ melaporkan Kidman tidak ingin berpisah. Malah punca Kidman dan Urban berpisah juga tidak dapat dipastikan.
Kidman dan Urban, keduanya membesar di Australia telah menjalani banyak fasa dalam rumah tangga mereka yang bakal memasuki usia dua dekad.
Urban antaranya masuk ke pusat pemulihan untuk membantu ketagihan alkohol dan dadah sebelum selepas berkahwin.
Bagaimanapun mereka menempuh dugaan dengan baik dan sering dilihat menyokong satu sama lain.
Pasangan itu malah dilihat bersama pada Jun lalu menonton FIFA Club World Cup.
Bintang The Babygirl itu sebelum ini berkahwin dengan Tom Cruise. Mereka bercerai selepas 10 tahun berkahwin dan memiliki dua orang anak.