Skip to main content

Hiburan

Niat Bantu Mangsa Bertukar Tragedi, Pegawai Polis Maut Dihentam ‘Buaian Tsunami’

Buaian Tsunami

Sekilas

  • Sebuah permainan hiburan bernama ‘buaian tsunami’ runtuh secara tiba-tiba di Pesta Antarabangsa Surajkund, Haryana, India, menyebabkan seorang pegawai polis maut dan lebih 15 orang cedera.
  • Inspektor Jagdish Prasad meninggal dunia selepas cuba membantu mangsa lain dan terkena hentaman struktur permainan tersebut.
  • Semua mangsa cedera kini dalam keadaan stabil dan siasatan serta laporan polis akan dijalankan terhadap pengendali permainan itu.

Satu tragedi menimpa di Pesta Antarabangsa Surajkund, Haryana, India selepas sebuah permainan hiburan dikenali sebagai ‘buaian tsunami’ runtuh secara tiba-tiba.

Kejadian yang berlaku pada Sabtu itu telah menyebabkan seorang pegawai polis maut manakala lebih 15 individu mengalami kecederaan.

Menurut pihak berkuasa daerah, kejadian itu berlaku apabila permainan tersebut dipercayai mula condong sebelum runtuh sepenuhnya, menyebabkan pengunjung tercampak dan terperangkap di bawah runtuhan.

Mangsa, Inspektor Jagdish Prasad dilaporkan terkorban selepas bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa lain sebelum terkena hentaman struktur permainan tersebut.

Jagdish disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.

Sementara itu, kesemua mangsa cedera telah dikejarkan ke hospital berhampiran dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Siasatan akan dijalankan dan laporan polis (FIR) akan didaftarkan terhadap pengendali permainan tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Must-Watch Video

Advertisement