Skip to main content

Advertorial

Astro Perkukuh Komitmen Terhadap Keselamatan Atas Talian Sempena Hari Keselamatan Internet 2026, Main Peranan Penting Wujud Persekitaran Digital Lebih Selamat

Astro

Sekilas

  • Astro menyokong Hari Keselamatan Internet 2026 yang dianjurkan oleh MCMC untuk memupuk penggunaan Internet yang lebih selamat dan bertanggungjawab.
  • Acara di Taman Tasik Titiwangsa menampilkan sesi perkongsian, forum interaktif, dan aktiviti yang membantu rakyat Malaysia memahami keselamatan digital dengan lebih baik.
  • Astro komited menyediakan kandungan berkualiti dan selamat, serta membanteras penstriman haram demi melindungi hak harta intelek dan penonton, terutamanya kanak-kanak.

Peneraju kandungan dan hiburan Malaysia, Astro baru-baru ini turut serta dalam acara komuniti yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang diberi nama Hari Keselamatan Internet 2026.

Acara yang disambut pada 10 Februari itu merupakan satu inisiatif untuk memupuk penggunaan Internet yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

Bertempat di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, acara ini menampilkan sesi perkongsian mengenai kawalan ibu bapa, penggunaan media sosial mengikut kesesuaian umur dan akses kepada pelbagai perisian keselamatan atas talian, selain forum interaktif, aktiviti pentas dan pengalaman secara langsung yang membantu rakyat Malaysia memahami serta mengemudi dunia digital dengan lebih selamat dan yakin.

Melalui sokongan ini, Astro memainkan peranan dalam mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat serta menggalakkan amalan penstriman digital dan penggunaan Internet yang lebih bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat.

Menurut Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro iaitu Tai Kam Leong, keselamatan Internet bukan sekadar soal kesedaran dan mengetahui risikonya tapi merupakan satu tanggungjawab untuk memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati kandungan digital dengan lebih yakin dan menerusi platform yang dipercayai disebabkan wujudnya amalan digital yang bertanggungjawab serta persekitaran atas talian yang selamat.

“Astro berbangga dapat bersama-sama menyokong Hari Keselamatan Internet 2026 pada hari ini. Komitmen ini mencerminkan fokus berterusan kami untuk menyediakan kandungan yang sahih untuk setiap rakyat Malaysia menerusi kisah-kisah yang relevan, berkualiti dan sesuai untuk semua peringkat umur.

“Seiring dengan perubahan corak penggunaan media, kami akan terus melabur dalam kandungan berkualiti serta inovasi produk, sambil mengekalkan standard yang tinggi dan bekerjasama dengan rakan strategik yang dipercayai bagi memastikan pengalaman tontonan yang selamat untuk semua,” katanya.

Dalam menyokong pengalaman digital yang lebih selamat, Astro turut memberi keutamaan kepada usaha mewujudkan persekitaran tontonan yang lebih selamat untuk kanak-kanak.

Astro juga turut melihat usaha membanteras cetak rompak sebagai salah satu elemen penting dalam keselamatan Internet.

Astro komited dalam melindungi kandungan serta penontonnya dengan meningkatkan kesedaran awam mengenai bahaya penstriman haram dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan bagi melindungi hak harta intelek.

Lebih menarik, sambutan Hari Keselamatan Internet tahun ini dimeriahkan dengan kemunculan selebriti tempatan termasuk Dato’ Jamal Abdillah, Faizal Tahir dan Kaka Azraff, dan ramai lagi.

Acara ini turut dihadiri oleh YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, dan menghimpunkan keluarga serta rakan industri untuk menyertai perbincangan yang bermakna mengenai keselamatan digital.

Astro akan terus menyokong usaha di peringkat nasional untuk membina persekitaran atas talian yang lebih selamat melalui penyediaan kandungan yang sahih, menggalakkan tingkah laku digital yang bertanggungjawab serta memperkukuh kesedaran mengenai risiko yang wujud dalam dunia digital hari ini.

Melalui kerjasama, pendidikan dan inisiatif yang berterusan, Astro berhasrat untuk memainkan peranan yang bermakna dalam membantu rakyat Malaysia berkembang maju dalam dunia digital dengan selamat.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Must-Watch Video

Advertisement