Skip to main content

Hiburan

Netizen Terhibur Tengok Kamal Adli, Nabil Ahmad & Achey ‘Membawang’ Fasal Que Haidar Dengan Fazura - “Kalah The Real Joyah”

Kamal Adli

Pelakon, Kamal Adli dan Achey  menyorot perhatian netizen selepas dilihat ‘bergosip’ mengenai rakan seindustri iaitu Que Haidar dan Fazura. 

Menerusi satu potongan video yang tular di Threads, Kamal Adli bersama Achey  dan Nabil Ahmad dilihat sedang mendengar kisah di sebalik pemberian jambangan bunga daripada Que Haidar kepada Fazura baru-baru ini.

Apa yang mencuri perhatian bukanlah cerita tersebut semata-mata, sebaliknya reaksi Kamal dan Achey  yang dilihat begitu kusyuk dan menghayati momen ‘membawang’ itu.

Rata-rata netizen terhibur melihat gaya dan ekspresi wajah mereka yang seakan-akan benar-benar mendalami jalan cerita yang disampaikan.

“Benci lahhh aku tengok Kamal n Achey HAHAHAHAHA sebab menjadi! Macam tu lah nanti time raya, geng perempuan duk sekelompok gosip.

“Kamal terpaling joyah, kalah the real joyah.

“Suka lah laki kaki gosip macam Kamal tu. Very the kepochi vibe!

“Kamal dengan Achey  adoi kelako ek.

“Laki kalau membawang kalah perempuan,” komen netizen. 

Terdahulu, pelakon Que Haidar baru-baru ini menyorot perhatian netizen selepas memberi jambangan bunga kepada aktres Nur Fazura sebagai tanda terima kasih kerana menerima pelawaannya untuk ke bazar Ramadan. 

 

View on Threads

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement