Sekilas
- Ahmad Iqbal Zulkifli mencuri perhatian dengan menyanyikan lagu Embun yang asalnya dinyanyikan oleh Aqasha, selepas ramai pengikutnya mengatakan wajahnya mirip penyanyi itu.
- Iqbal mengakui dia tiada bakat menyanyi tetapi cuba menyampaikan lagu tersebut sebagai respon kepada komen netizen.
- Netizen memberi pelbagai reaksi termasuk cadangan agar Iqbal menurunkan berat badan untuk kelihatan lebih mirip dengan Aqasha.
Usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkifli, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil ‘menghadiahkan’ peminatnya dengan nyanyian lagu Embun, nyanyian asal Aqasha.
Menerusi perkongsian di media sosial, Iqbal berkata dia cuba menyampaikan lagu tersebut kerana ramai pengikutnya yang sering menyamakan wajahnya dengan penyanyi asal itu.
“Betul ke muka saya macam Aqasha? Orang selalu sebut tapi saya tak tahu di mana serupa. Ini saya cuba lagu Embun walaupun saya tiada bakat,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang bersetuju bahawa terdapat persamaan pada wajah mereka.
Selain itu, ramai yang memberi cadangan agar Iqbal menurunkan berat badannya untuk menjadikan wajahnya lebih mirip dengan pelakon drama Kudeta itu.
“Sedap juga tone suara Iqbal. Pitching je la kena repair. Btw hidung tu ok ke? Nampak bengkak sebelah, takut effect lepas op.
“Seiras… ingat dulu-dulu adik Aqasha.
“Aqasha versi tembam.
“Kena kuruskan badan ni… muka dah ada iras tu. Kalau kurus ni rasa lebih ensem dari Aqasha,
“Ada juga iras-iras… kalau cheekbone awak turun sikit, semakin similar,”komen beberapa netizen.