Sekilas
- Datuk Yusry Abd Halim sebak terima pesanan suara daripada isterinya, Datin Lisa Surihani yang sedang menunaikan ibadah haji.
- Pesanan suara itu adalah kejutan daripada ERA sempena penglibatan Yusry dalam drama Dendam Seorang Mentua.
- Momen itu tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai yang turut rasa sebak dengan kasih sayang pasangan ini.
Pelakon dan penyanyi, Datuk Yusry Abd Halim dilihat tidak dapat menahan sebak apabila menerima pesanan suara daripada isterinya, Datin Lisa Surihani yang kini sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.
Menerusi hantaran di TikTok BamBam Studio, momen tersebut berlaku ketika Yusry hadir ke segmen 3 Pagi Era bersama Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azad.
“Assalamualaikum, sayang surprise. Ini adalah hadiah daripada ERA kepada awak. Mereka request untuk saya bagi suprise voice note kepada awak sempena penglibatan dalam drama Dendam Seorang Mentua sebagai Datuk Muzzafar,” ujar Lisa dalam rakaman berkenaan.
Sejurus suara isterinya kedengaran, air mata ahli kumpulan KRU itu terus mengalir.
Detik itu turut mengundang perhatian ramai apabila ia tular di media sosial, dengan rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan memahami perasaan pasangan tersebut.
“Dia rindu sebab tu dia nangis.
“Semoga datuk dan datin berkekalan hingga ke jannah.
“Tak masalah sekarang kepada dengan aku sekali menangis.
“Laa dengan aku sekali nangis dah kenapa.
“Kenapa kita pun terikut menangis sekali ni, sweet betul.
“Nampak nau2 dia memang sayang sangat isteri dia,” komen netizen.