Skip to main content

Selebriti

Netizen ‘Naik Hantu’, Geram Watak Nina Juren - “Hina Sangat Ke Status Janda? Tak Ada Siapa Yang Minta Jadi Macam Tu”

Nina Juren

Sekilas

  • Drama Bahagia Yang Tertangguh semakin hangat dengan watak Datin Zaleha lakonan Datin Nina Juren yang berjaya buat penonton geram.
  • Dalam episod terbaru, Zaleha mempersoalkan pilihan Armin yang memilih janda, menyebabkan netizen gelar dia 'makcik mulut lazer'.
  • Drama ini disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan juga boleh distrim di Sooka.

Drama fenomena drama Bahagia Yang Tertangguh nampak semakin menjadi-menjadi dan kali ini kerana watak yang dilakonkan oleh Datin Nina Juren.

Memegang watak sebagai Datin Zaleha iaitu ibu kepada Armin lakonan Kamal Adli, ternyata Nina berjaya membuatkan ramai membenci dirinya.

Lebih lebih lagi dalam episod terbaharu di mana Zaleha mempersoalkan mengapa Armin sanggup memilih janda berbanding yang belum berkahwin.

Disebabkan itu, rata-rata netizen menyuarakan rasa geram dan melabelkan Zaleha sebagai ‘makcik mulut lazer’.

Bahagia yang tertangguh dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Nad Zainal, Izzue Islam, Kamal Adli, Rozita Che Wan, Datin Seri Nina Juren, Mimi Erdina, Rosnah Johari, Riz Amin dan Adrean Mateen.

Saksikan  Bahagia Yang Tertangguh, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan juga boleh distrim di Sooka.

Must-Watch Video

Advertisement