Skip to main content

Hiburan

Netizen Luah Rasa Kecewa Terhadap Bengah - “Tak Sedar Diri, Famous Pun Sebab Adik & Isteri”

Bengah

Nama pempengaruh, Bengah secara tiba-tiba menjadi perhatian ramai selepas rumah tangganya bersama isteri yang dikenali sebagai Cik Bunga dikatakan sedang bergolak.

Keadaan itu telah membuatkan rata-rata netizen berasa kecewa dan bertindak menyahikuti Bengah di media sosial.

Advertisement

Terbaharu, seorang pengguna di aplikasi Threads tidak melepaskan peluang melepaskan rasa marahnya terhadap Bengah.

“Muka dah lah macam ikan keli, tak padan nak curang belakang isteri.”

“Famous pun sebab adik dengan isteri dia ja. Tak sedar diri langsung,” tulisnya di aplikasi Threads.

Terdahulu, Cik Bunga atau Nur Mahfuzah Zulkifli menyorot perhatian apabila memuat naik beberapa hantaran dan seakan memberi bayangan rumah tangganya bersama Bengah atau nama lengkapnya Hammad Zamakhashari Mohd Noor sedang bergolak.

Dakwa Cik Bunga, Bengah telah bertindak memburukkan namanya menerusi satu sesi siaran langsung di media sosial.

Bukan itu sahaja, Cik Bunga turut mempertikai peranan Bengah sebagai suami yang dianggap gagal dalam mempertahankan isterinya.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement