Skip to main content

Selebriti

Netizen Kongsi Sisi Peribadi Nora Danish, Diberi Label ‘Carta Utama Artis Tak Sombong’ - “Dia Sangat Soft Spoken & Baik Hati”

Nora Danish baik

Sekilas

  • Nora Danish menjadi tular di Threads kerana sikapnya yang peramah, suka membantu, dan tidak sombong.
  • Netizen berkongsi pengalaman positif bertemu Nora, termasuk bantuan mempromosikan jualan di acara Starvendor.
  • Selain Nora, artis seperti Sweet Qismina, Azira Shafinaz, dan Nabila Huda turut dipuji kerana sikap baik mereka.

Susulan tular di platform Threads satu trend di mana netizen berkongsi pengalaman mereka yang berhadapan dengan selebriti yang tidak sombong peramah dan suka membantu, nama pelakon Nora Danish merupakan antara menjadi sebutan.

Bagaimanapun, pelakon yang terkenal dengan tagline “kita enjoy” ini menjadi perhatian bukan disebabkab perkara negatif sebaliknya sikap peramah, suka membantu dan keprihatinannya terhadap orang lain yang menjadi tumpuan.

Menerusi perkongsian netizen di Threads, rata-rata mereka meluahkan rasa terharu dan menyukai cara layanan Nora yang disifatkan sebagai ikhlas serta tidak sombong.

Malah seorang netizeb juga mendedahkan dirinya pernah dibantu Nora untuk melariskan jualannya di acara Starvendor sebelum ini.

“Nora Danish, saya pernah niaga dalam event Starvendor. Booth saya sebelah booth dia. Nora jual pancake.

“Saya jual mojito soda. Jadi Nora promo sesiapa nak bergambar dengan dia wajib beli pancake dia dan soda saya. Hasilnya soda saya laku keras sold out,” kongsi individu tersebut.

Bukan itu sahaja, malah beberapa individu lain juga turut berkongsi pengalaman mereka bertemu dengan Nora secara tidak sengaja antaranya:

“Dia menuruni sifat mak dia. Baik hati dan dengan orang tak sombong,”

“ND memang baik, pernah jumpa secara tak sengaja. Orangnya humble sahaja,”

“Yaa, dia sangat lah soft spoken dan baik, dalam carta utama artis tak sombong,”

Selain Nora, artis yang sikapnya dipuji netizen adalah Sweet Qismina, Azira Shafinaz, Nabila Huda dan ramai lagi.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement