Skip to main content

Hiburan

Netizen Kecam Individu Dakwa Selebriti Wanita ‘Join’ Misi GSF Hanya Untuk Kemasyuran - “Zizi Penyanyi, Ardell Pelakon…”

GSF

Seorang individu menarik perhatian netizen selepas mendakwa aktivis misi kemanusian Global Sumud Flotilla menggunakan nama pentas mereka hanya untuk mencari kemasyuran.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, individu tersebut juga mendakwa selebriti yang mengikuti misi tersebut menggunakan kesengsaraan rakyat Palestin sebagai konten semata-mata.

Advertisement


“Zizi Kirana tu nama sebenar dia Nur Fazelah, Ardell Aryana tu nama sebenar Nurul Hidayah, Farah Lee nama sebenar Nur Farahin. Dia macam nama sebenar Markonah tapi suruh semorang panggil dia Marie Kyler Natalie.

“Stage name ni gunanya untuk cari kemasyhuran, mereka guna stage name mereka untuk join GFS. Dah nampak dah situ. Kesengsaraan Palestinian hanyalah modal content bagi mereka dan nampaknya mereka berjaya,” katanya. 

Dalam pada itu, individu juga mempersoalkan hasil daripada perjalanan mereka selama hampir dua bulan berpisah dari keluarga itu bagai tiada apa-apa.

“Tengok jela pentaksub yang julang mereka umpama pagan julang berhala kat reply2 ni. Mereka dapat kemasyhuran yang mereka inginkan. Apa yang Gaza dapat dari mereka? Yillek nehihe tapi canang kat semua mereka berjuang demi Gaza,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh lelaki tersebut.

Malah bagi mereka, selebriti yang mengikuti misi tersebut telah menggunakan pengaruh mereka dalam bidang masing-masing dengan sebaiknya.

“Zizi Tu penyanyi, Ardel Tu pelakon, Farah lee = Farah ramlee. Dulu lagi dia blogger sblm kahwin dengan Elly. Tiga-tiga ni bukan muncul time sumud baru ni..rata2 dah ada follower sendiri. Zizi tu geng dengan malique toophat..mesti lah nama pun gitu2 juga.

“Low effort, high chaos. Classic rage bait material.

“From Twitter to threads, your stupidity remains the same. Congratulations

“Then kenapa ? Bukan orang tak tahu pun nama sebenar dorang . Nak sampaikan apa sebenarnya ? Boleh terangkan ?

“Tak keje ke bang? Banyak pulak masa nak fikir benda yang tak penting,” komen netizen.

Terdahulu, seramai 23 sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk Zizi Kirana, Pu Rahmat, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi selamat tiba KLIA1 pada jam 10.07 malam pada Selasa.

Untuk info, kesemua sukarelawan Malaysia bagi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dibebaskan sele

Must-Watch Video

Advertisement