Skip to main content

Hiburan

Nama Makin Dikenali, Hadie Terkejut Ada Peminat Cuba Ambil Kesempatan - "Ada Orang Ajak Kahwin..."

Astro Gempak 183

Sekilas

  • Hadie Elfardie kini lebih berhati-hati melayan mesej peribadi daripada peminat dan sentiasa memaklumkan pihak pengurusan serta ibunya untuk elak salah faham.
  • Ada individu yang mula-mula menghubungi Hadie atas urusan kerja tetapi kemudian bertukar niat, menyebabkan Hadie memberi nombor telefon ibunya untuk urusan rasmi.
  • Hadie bersama Ammar Haikal dan Auddra Zulkifli baru sahaja melancarkan single raya berjudul Dentam Dentum Raya yang mendapat sentuhan beberapa komposer dan penulis lirik terkenal.

Penyanyi meningkat naik, Hadie Elfardie mendedahkan dirinya menerima banyak mesej peribadi (DM) daripada peminat sejak namanya mula dikenali ramai.

Anak sulung kepada pasangan selebriti Allahyarham Suhaimi Saad dan Ina Naim itu bagaimanapun mengakui kini lebih berhati-hati dalam melayan mesej yang diterima.

“Sebelum ni saya rajin balas DM, balas komen, like semua. Tapi bila lama-lama bila saya makin layan, dia macam makin lama makin melarat.

“Benda yang paling kelakar sekali ada orang ajak kahwin,” katanya.

Hadie berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu Dentam Dentum Raya yang berlangsung di UTM Hotel & Residence, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, setiap mesej yang diterima akan dimaklumkan kepada pihak pengurusan dan juga ibunya bagi mengelakkan sebarang salah faham atau perkara tidak diingini.

“Saya sangat berhati-hati. Kalau apa-apa orang DM saya bagi tahu manager saya lah, ibu saya.

“Apa-apa memang saya beritahu ibu, saya tak ada rahsia-rahsia,” ujarnya.

Malah, ada juga individu yang pada awalnya menghubunginya atas urusan kerja namun niat sebenar berubah selepas mendapat respons.

“Ada juga yang mula-mula tanya berkaitan kolaborasi produk. Tapi selepas balas, tiba-tiba ajak berkenalan pula.

“Ingatkan dengan tawaran itu bolehlah ‘masyuk’, tapi rupanya lain pula. Sebab itu kalau ada orang nak bagi job pun saya beri nombor telefon ibu,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Hadie bersama Ammar Haikal dan Auddra Zulkifli baru sahaja melancarkan single raya berjudul Dentam Dentum Raya.

Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan Amzar Sabri, Jaja Ishak, Rebelasia dan Madebyartin selaku komposer serta penulis lirik, sekali gus mengukuhkan lagi nama trio berkenaan dalam industri muzik tempatan.

Anda mungkin berminat dengan

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Must-Watch Video

Advertisement