Skip to main content

Hiburan

Nama Diseru, Puteri Balqis ‘Spill The Tea’ Pasal Michael Ang

Michael Ang

Pelakon, Puteri Balqis akui tidak mempunyai sebarang masalah dengan pengarah, Michael Ang. 

Menerusi hantaran di Instagram, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Aqish memohon maaf sekiranya nama pengarah itu terkena tempias gara-gara isu yang sedang hangat diperkatakan di sosial media. 

“Jika ada apa-apa perkara berkaitan antara kami dan Michael Ang tanpa kami tahu, atau tanpa kami berada di situ, dan beliau terkena tempias, saya, Puteri Balqis dan ibu saya, Ashikin, memohon maaf atas segala kesalahan. 

“Daripada pihak kami, kami tidak ada apa-apa masalah dengan Michael Ang,” katanya.

Dalam pada itu, Aqish juga berkongsi pengalamannya bekerja dengan Michael Ang meskipun tidak lama. 

Menurut Aqish, Michael Ang banyak membantunya sewaktu dia menghadapi masalah kesihatan satu ketika dulu.

“Waktu saya muntah darah terlalu kerap, ibu saya yang menghantar mesej kepada Michael Ang untuk minta tolong. Dalam beberapa minit sahaja, Michael Ang terus membuat pindahan wang sebanyak RM3,000 ke akaun ibu saya. 

“Apabila ditanya berapa rate saya, ibu saya hanya menjawab kami ok sahaja dengan berapa yang dibayar. Jadi bayaran ditentukan sepenuhnya oleh Michael Ang. Itu kali terakhir kami dipanggil berlakon dan berjumpa dengan beliau,” tambahnya.



Terdahulu, isu ini mula tercetus selepas Puteri Balqis meluahkan rasa geram dengan tindakan Mia Sara yang didakwa pernah memburukkan dirinya serta ibunya di hadapan orang ramai.

Malah Aqish mendakwa tindakan Mia yang menangis di hadapan media sebelum ini disifatkan sebagai cubaan meraih simpati selain menutup sisi buruk dirinya.

Bagaimanapun, isu semakin hangat selepas pelakon, Janna Nick turut berbalas kenyataan dengan Puteri Balqis selain turut mengaitkan nama Michael Ang yang didakwa mengetahui apa yang terjadi.

Must-Watch Video

Advertisement