Skip to main content

Selebriti

Nam Ron Perjelas Salah Faham Tinggalkan FFM34 Secara Senyap - “Tidak Sedikit Pun Saya Kecewa Atau Terasa Hati…”

Nam Ron Perjelas Salah Faham Tinggalkan FFM34 Secara Senyap

Pelakon, Nam Ron, tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul susulan hantaran yang dimuat naik olehnya pada malam Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) baru-baru ini.

Menurut Nam Ron, ramai yang tersalah tafsir maksud sebenar penulisannya dan menyangka seolah-olah dirinya kecewa kerana tidak membawa pulang sebarang anugerah, namun perkara itu tidak benar sama sekali.

Advertisement

“Berkenaan posting saya pada malam anugerah FFM34. Ramai juga yang salah faham mengenai posting saya pada malam tersebut. 

“Seolah olah saya kecewa kerana tidak menerima anugerah. Allah…  Tidak sedikit pun saya kecewa atau terasa hati,” coretnya menerusi hantaran di Instagram.

Malah kata Nam Ron, dia hadir ke majlis tersebut bukan sebagai calon penerima, sebaliknya kerana diundang untuk menyampaikan trofi kepada pemenang.

“Saya datang kerana diundang untuk menjadi penyampai anugerah bukan sebagai calon penerima anugerah.

“Saya berbangga melihat rakan rakan industri filem mendapat pengiktirafan,” ulasnya.

Dalam hantaran yang sama, Nam Ron juga turut menjelaskan mengenai tindakannya meninggalkan majlis secara senyap.

Kata Nam Ron perkara itu adalah sebahagian daripada prinsip dan adab yang dipegangnya.

“Ya, memang saya dan isteri pulang secara senyap senyap kerana itu prinsip dan adab yang saya pegang. 

“Saya tak rasa saya perlu menempel di majlis untuk jadi penyibuk. Tak mahu lebih sudu dari kuah. 

“Mencuri limelight orang. Lagipun saya dalam keadaan jet lag kerana baru pulang dari New Zealand. 

“Bagaimanapun saya faham, mereka mengharapkan saya membawa pulang anugerah. Mereka ini yang sentiasa menyokong karya seni saya yang mahu saya diangkat. 

“Buat mereka, terima kasih kerana menghargai bakat dan karya lakonan saya. 

“Allah telah tunjukkan kepada saya ramai peminat filem yang sentiasa berada di belakang saya. Dan, terus menyokong saya secara senyap. Alhamdulilah,” tulisnya.

Berikut merupakan penjelasan penuh Nam Ron:

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement