Skip to main content

Hiburan

Naluri Lelaki Jadi ‘Provider’, Atiq Azman Kongsi Pandangan Tentang Tanggungjawab Dalam Hubungan - “Mungkin Dia Tak Boleh Bagi…”

ASTROGEMPAK Atiq Azman

Sekilas

  • Atiq Azman berkongsi pandangan tentang naluri lelaki sebagai ‘provider’ dalam hubungan, namun kemampuan setiap lelaki berbeza-beza.
  • Dia menegaskan bukan semua lelaki berharta, tetapi ramai yang ada rasa tanggungjawab menjaga orang tersayang.
  • Atiq mengajak hargai lelaki yang berusaha walaupun serba sederhana kerana kesungguhan mereka membina masa depan.

Pelakon Atiq Azman berkongsi pandangannya mengenai sifat semula jadi lelaki dalam sebuah hubungan menerusi hantaran di Threads.

 

Menurut Atiq, ramai lelaki memiliki naluri untuk menjadi ‘provider’, namun kemampuan setiap individu adalah berbeza.

 

“Ramai lelaki memang ada naluri untuk jadi ‘provider’, cuma setakat mana dia mampu saja berbeza.

 

“Mungkin dia tak boleh bagi semuanya, tapi dia akan cuba bagi apa yang dia ada — masa, tenaga dan perhatian,” katanya.

 

Dalam masa sama, Atiq menegaskan tidak semua lelaki memiliki harta, namun ramai yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga insan tersayang.

 

“Tak semua lelaki berharta, tapi ramai yang ada rasa tanggungjawab untuk jaga orang yang dia sayang.

 

“Sebab itu bila jumpa lelaki yang tetap berusaha walaupun serba sederhana, hargai dia.

 

“Bukan kerana apa yang dia miliki sekarang, tetapi kerana kesungguhan dia bina masa depan,” ujarnya lagi.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Must-Watch Video

Advertisement