Skip to main content

Berita Antarabangsa

Nadhif Basamalah Gelar Rakyat Malaysia Pemurah, Terharu Semangat Serumpun

Nadhif

Penyanyi Nadhif Basamalah mengakui jatuh cinta dengan Malaysia setelah pertama kali menjejak kaki ke ibu kota tahun lalu. Sudah lapan kali ke Malaysia, sejak beberapa bulan lalu, katanya lagi.

Namun kehadiran pada 11 September 2025 akan menjadi lebih bermakna kerana ia adalah saksi nyata Nadhif perdana kali mengadakan persembahan Nadhif Basamalah - Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur.

Advertisement

Nadhif Basamalah - Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur yang bakal diadakan di The Exchange Hall, Petaling Jaya akan menjadi pertemuan santai namun momen termahal penyanyi berusia 25 tahun ini bersama peminatnya.

“Saya sangat tidak sabar. Semuanya telah dipersiapkan dengan rapi dan Nadhif Basamalah - Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur akan menjadi momen yang baik antara saya dengan peminat.

“Saya juga akan menyanyikan lagu yang tidak pernah dinyanyikan dalam persembahan sebelum ini,” katanya menerusi temu bual secara maya dengan media tempatan.

Pelantun Bergema Sampai Selamanya ini menyifatkan Nadhif Basamalah - Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur juga sebagai sebuah fasa buat dirinya yang bertumbuh dengan lebih matang baik dalam kehidupan mahupun karya.

“Ini transisi kematangan saya menjadi lebih dewasa dan matang lalu mahu saya kongsikan bersama peminat,” katanya lagi.

Lebih daripada itu, Nadhif sangat teruja kerana di sebalik kekecohan dan ketegangan yang berlaku di negaranya lewat demonstrasi lewat ketidakpuasan hati rakyat terhadap beberapa isu terkait negaranya, dia akan bertemu rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia yang disifatkan Nadhif sebagai pemurah dan baik hati.

“Terima kasih buat rakyat Malaysia yang pemurah dan baik hati kerana telah prihatin terhadap kondisi kami di sini.

“Alhamdulillah keadaan menjadi lebih baik di sini. Kalian sangat pemurah telah saling berbagi (mengirim makanan menerusi e hailing) kepada rakan ojek. Kita serumpun. Saya tidak sabar bertemu kalian,” katanya lagi.

Must-Watch Video

Advertisement