Skip to main content

Hiburan

Nadeera Teruja Sambut Ramadan Bersama Keluarga - “Tahun Lepas Banyak Sendiri”

Nadeera

Sekilas

  • Nadeera akan berpuasa bersama keluarga di Mersing, Johor tahun ini selepas banyak berpuasa sendirian tahun lalu kerana kerja.
  • Dia berazam untuk luangkan masa bersama keluarga walaupun masih menerima jemputan persembahan sepanjang Ramadan.
  • Selepas Aidilfitri, Nadeera akan melancarkan karya baharu khas buat peminatnya.

Penyanyi, Nadeera berkongsi mengenai sambutan Ramadan tahun ini yang sedikit berbeza berbanding tahun lalu.

Menurut Nadeera, Ramadan tahun ini sungguh bermakna kerana dia akan menggunakan peluang yang ada untuk berpuasa bersama keluarga di Johor.

“Ramadan tahun lalu saya banyak berkeseorangan. Jadi tahun ini saya nak berpuasa bersama keluarga saya di kampung.

“Insya-Allah, puasa pertama saya akan berada di Mersing, Johor. Puasa tahun ini juga meriah sebab adanya saudara mara,” katanya kepada Gempak.

Nadeera berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis anugerah Gempak Most Wanted Award 2025 (GMWA2025), baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Nadeera berkongsi bahawa dia tidak mempunyai banyak peluang untuk bersama keluarga pada Ramadan tahun lalu ekoran tuntutan kerja.

Sehubungan dengan itu, pelantun lagu Bukan Lagi Kita ini memaklumkan bahawa dia akan cuba sedaya upaya untuk meluangkan masa bersama keluarga dalam masa yang sama memenuhi jemputan untuk mengadakan persembahan.

“Macam tahun lalu, saya tak dapat berpuasa bersama keluarga pada awal bulan Ramadan atas tuntutan kerja. Jadi tahun ini, saya nak berpuasa bersama keluarga.

“Job tu ada juga sebab kalau tak cari job macam mana saya nak cari makan kan? Cuma tahun ini saya nak luangkan sedikit masa berpuasa bersama keluarga,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai perkembangan terkini, Nadeera berkata dia bakal tampil dengan karya yang baharu khas buat peminatnya.

“Insya-Allah, selepas Aidilfitri nanti saya akan tampil dengan ‘buah tangan’ yang baharu buat peminat.

“Semoga kalian akan terus menyokong saya dalam melakukan apa yang saya minat,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Must-Watch Video

Advertisement