Skip to main content

Hiburan

Nabil Mahir Terkejut Tengok Ayda Jebat Masuk Dapur - “Demam Ke Bini Aku Ni…”

Ayda Jebat

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat menyorot perhatian warganet selepas berkongsi pengalaman lucunya ketika cuba memasak untuk suaminya, Nabil Mahir.

Menerusi hantaran di platform Threads, Ayda mendedahkan bahawa dia sudah memberitahu Nabil sejak awal perkahwinan bahawa dirinya tidak pandai memasak.

Advertisement

Namun, selepas mereka menetap di rumah sendiri, pelantun lagu Temberang itu mengakui timbul keinginannya untuk mencuba menyediakan juadah buat keluarga kecil mereka.


“Sebelum Kahwin, saya bagi tahu Nabil yang saya tak pandai masak. Dia cakap dia okay dah tak perlu masak sebab mak dia juga tidak memasak. 

“Tapi bila dah tinggal rumah sendiri, saya cuba masuk dapur nak cuba main masak-masak dia jeling tepi kuali macam ‘demam ke bini aku ni’. Bila dah siapa suruh makan dia makan dan cakap sedap cuma reaction muka lain,” katanya. 

Ayda turut meminta pandangan peminat sama ada dia perlu teruskan percubaannya di dapur atau biarkan sahaja urusan memasak dilakukan oleh tukang masak.

“Soalannya,adakah saya perlu teruskan usaha memasak ini? atau lupakan saja biar tukang masak jela yang masak, beli dan makan luar,” soalnya. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian Ayda namun tetap memberi semangat agar dia terus belajar memasak.

“Teruskannn usaha anda, Lama2 mesti mahir! Boleh masak bekal sedap2 untuk Nayla pergi school.

“Teruskan sis. Air tangan isteri dan ibu salah satu pengikat kasih sayang keluarga. 

“Belajar tetap belajar ..jangan jemu..air tgn seorang isteri syurga.

“Teruskan usaha.. air tangan ibu/ isteri tetap no.1 Tau.. ni kenangan yang akan ditiggalkan kelak untuk anak2/ suami kenang

“Teruskan.. tak pandai, belajar slow².. mulakan dengan masakan yang simple je,” komen netizen. 

Must-Watch Video

Advertisement