Skip to main content

Rancangan TV

Muzikal Lawak Superstar 5 (MLS5): Keputusan, Markah, Senarai Kumpulan Peserta & Info Lengkap Musim 2025

MLS5

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin menyorot perhatian selepas mengumumkan dirinya terpaksa menarik diri daripada pertandingan Muzikal Lawak Superstar 5 (MLS5). 

Menerusi satu tayangan video, Ieda menjelaskan dia terpaksa mengundurkan diri selepas menerima nasihat doktor untuk menjalani satu rawatan dan mendapat rehat yang secukupnya.  

“Kepada semua rakan-rakan seperjuangan saya di dalam Muzikal Lawak Superstar saya mohon maaf kerana tidak dapat meneruskan perjuangan saya bersama kalian semua.

“Di atas nasihat doktor, saya dikehendaki untuk menjalani rawatan secepat mungkin dan mendapatkan rehat yang secukupnya untuk saya kembali bekerja seperti biasa,” katanya. 

Bagaimanapun, Ieda tidak menyatakan rawatan apa yang perlu dijalankannya. 

Dalam pada itu, Ieda turut mendoakan agar rakan sepasukannya, Puteh yang dianggotai oleh Ali dan Mamak agar berjaya meneruskan perjuangan dalam program berkenaan dan Aretoy pula akan menggantikan ketiadaan Ieda dalam program tersebut. 

Sementara itu, kesemua peserta masih lagi boleh menarik nafas lega apabila diumumkan tiada penyingkiran untuk minggu tersebut. 

Namun berada dikedudukan tiga terbawah adalah Jozon, Puteh dan Kimbab. 

Roda pula terus cemerlang dan mendominasi minggu kedua dengan markah keseluruhan sebanyak 82.27 peratus.

MLS5 dihoskan oleh pengacara versatil, Datuk AC Mizal manakala Datuk Aznil Hj Nawawi, Zizan Razak dan Bella Astillah diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

Must-Watch Video

Advertisement