Sekilas
- Kamal Adli berkongsi video mesra bersama anaknya, Hawra Uqaira, di Instagram yang menunjukkan momen manis mereka dalam kereta.
- Pelakon itu meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap anaknya selepas lama tidak berjumpa.
- Kamal kini sedang menghadapi isu rumah tangga dengan isteri, Uqasha Senrose, dan dalam proses perceraian.
Pelakon, Kamal Adli mengundang perhatian ramai apabila memuat naik video dirinya bersama anak, Hawra Uqaira di Instagram (IG), baru-baru ini.
Menerusi perkongsian dibuat, Kamal dilihat berada dalam kereta bersama Hawra sambil bergurau sehingga membuatkan puterinya itu tersenyum buat beberapa ketika.
Di ruangan kapsyen, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli meluahkan rasa rindu terhadap Hawra selepas difahamkan sudah lama tidak berjumpa.
“Ayah cuma rindukan kamu sangat-sangat, anak,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Kamal dapat berjumpa semula dengan Hawra dalam waktu yang terdekat.
Sekadar info, Kamal kini sedang berdepan kemelut rumah tangga dengan isterinya yang juga aktres Uqasha Senrose dan sedang dalam proses perceraiaan.
Untuk rekod, pasangan ini sah menjadi suami isteri pada 4 November 2021 yang lalu.
Sumber: IG Kamal Adli