Skip to main content

Rancangan Realiti

Mualim Muda: Pu Riz Kongsi Tips, Terkenang Memori Masuk Bertanding Hampir 10 Tahun Lalu - “Jangan Berdebar, Kena Tenang…”

Pu riz hos mualim muda

Sekilas

  • Haris Ismail berkongsi pengalaman dan tips penting seperti ketenangan dan keyakinan dalam menyampaikan dakwah kepada peserta baru program Mualim Muda.
  • Mualim Muda menampilkan juri terkenal seperti Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin, dan Neelofa, dengan Ustaz Shahrizan Daud sebagai Mursyid program.
  • Program ini akan mula bersiaran pada 19 Disember di Astro Oasis dan Astro Prima, serta boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.

Pendakwah bebas dan hos program realiti dakwah Mualim Muda, Haris Ismail, berkongsi pengalaman dalam dunia dakwah sebagai panduan dan nasihat kepada peserta baharu program berkenaan.

Menurut Haris, dia bukan bermula sebagai individu yang terbaik ketika pertama kali menyertai program  Pencetus Ummah suatu ketika dahulu.

Malah kata Haris, pengalaman yang dilalui sejak usia muda banyak membentuk kematangan dan membina keyakinan buat dirinya.

“Saya dulu bukan yang terbaik, saya tak menang, dan pada ketika itu pun saya masih budak lagi, masa tengok rakaman balik saya kata teruk juga aku dulu ni.

“Tetapi pengalaman mengajar kita, saya pun bukan baru, kalau kenang balik sudah hampir 10 tahun dan umur saya pada ketika itu adalah 21 tahun,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa yang sama, Haris juga turut berkongsi tips persembahan buat 10 peserta Mualim Muda.

Antara perkara utama yang ditekankan Haris adalah aspek ketenangan dan keyakinan ketika menyampaikan dakwah.

Jelas Haris, sikap terlalu gugup boleh menjejaskan penyampaian dan persepsi penonton.

“Untuk Mualim muda ini, usia peserta paling muda adalah 22 tahun, jadi apa yang saya nak kongsi,  kalau boleh mereka jangan buat kesilapan yang sama seperti saya.

“Maksudnya jangan berdebar sangat sebab kita menyampaikan benda agama, di luar pun kita beri ceramah dan sebagainya.

“Jadi kena tenang, orang pun tak suka tengok orang berdebar. Mereka mungkin akan tertanya tanya sama ada orang yang memberikan penyampaian ini ada keyakinan atau tidak. Itulah yang saya tengok diri saya 10 tahun lepas,” jelasnya.

Sementara itu, Haris juga berharap agar peserta baharu dapat mengawal pementasan, memperbaiki teknik percakapan dan menyampaikan ilmu dengan penuh penghayatan.

“Semoga peserta peserta yang baru masuk, lebih tenang, kawal pementasan, bercakap dengan baik, hafal hadis, sampaikan dengan baik.

“Kena yakin kerana penyampaian adlaah faktor untuk orang berubah. Antara sebab Lofa boleh menangis bila kita bercakap (beri ceramah) adalah kerana orang-orang yang bercakap pada dia dan yang dia dengar itu adalah orang-orang yang beri penyampaian,” ujarnya.

Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga pelakon, Neelofa sebagai juri program. 

Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. 

Gandingan selebriti Pencetus Ummah iaitu Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC pula diberi tanggungjawab mengemudi pentas sebagai hos program.

Seramai 10 peserta telah dipilih menerusi sesi uji bakat.

Mualim Muda yang dipilih adalah Iddin, 28, Zaimi, 22, Izzat, 34, Luqman, 29, Anas, 35, Ashraf, 28, Shamsul, 25, Iman, 25, Saad, 28, dan Amar, 31.

Antara tugasan teras dalam Mualim Muda ialah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan, dan komunikasi. 

Mualim Muda bakal bersiaran secara serentak mulai 19 Disember, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka. 

Program ini boleh strim program ini secara On Demand di Astro GO dan sooka.

Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. 

Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement