Mualim Muda, Iman terpaksa akur dengan keputusan juri selepas menjadi peserta kedua yang disingkirkan daripada program tersebut.
Dengan tema Sunnah Nabi SAW, Iman hanya mendapat markah sebanyak 71.50 peratus selepas berkongsi topik menjelang ajal dan ditambah dengan markah kerja lapangannya minggu ini iaitu pengurusan jenazah yang tidak dituntut.
Turut berada di tangga tiga terbawah iaitu Mualim Muda Zaimi dan Mualim Muda Shamsul.
Sementara itu, Mualim Muda Amar pula selesa berada ditangga pertama dengan markah sebanyak 82.33 peratus
Bukan itu sahaja, Amar juga berjaya membawa pulang Anugerah Bintang Inspirasi Apcel Cafe dan memenangi wang tunai berjumlah RM1000.
Untuk minggu hadapan, Mualim Muda yang masih kekal akan dicabar dengan tema Hiburan Mengikut Syariat dimana mereka akan muncul membuat persembahan bersama pelawak tanah air.
Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga pelakon, Neelofa sebagai juri program.
Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta.
Gandingan selebriti Pencetus Ummah iaitu Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC pula diberi tanggungjawab mengemudi pentas sebagai hos program.
Seramai 10 peserta telah dipilih menerusi sesi uji bakat.
Mualim Muda yang dipilih adalah Iddin, 28, Zaimi, 22, Izzat, 34, Luqman, 29, Anas, 35, Ashraf, 28, Shamsul, 25, Iman, 25, Saad, 28, dan Amar, 31.
Antara tugasan teras dalam Mualim Muda ialah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan, dan komunikasi.
Mualim Muda bakal bersiaran secara serentak mulai 19 Disember, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Program ini boleh strim program ini secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.
Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini