Selepas dua minggu tanpa penyingkiran, pentas Mualim Muda bakal menyaksikan salah seorang peserta pulang pada malam ini.
Berbeza dengan format sebelum ini, 10 peserta Mualim Muda bakal dicabar dengan menjawab soalan secara langsung tanpa sebarang praktis.
Membawa tema 'Kisah Benar', setiap peserta harus menjawab soalan misteri yang merangkumi topik buang bayi, menolak zuriat, kahwin tanpa cinta, curang, derhaka, talam dua muka, mangsa HIV, mualaf, putus asa dalam hidup, doa yang buruk.
Malam ini juga, penonton akan disajikan dengan persembahan lagu tema Mualim Muda 'Suluhkan Cahaya' ciptaan Munsyid (Majlis Usahawan Nasyid) Malaysia khas utk program ini, secara langsung oleh peserta.
Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga pelakon, Neelofa sebagai juri program.
Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta.
Gandingan selebriti Pencetus Ummah iaitu Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC pula diberi tanggungjawab mengemudi pentas sebagai hos program.
Seramai 10 peserta telah dipilih menerusi sesi uji bakat.
Mualim Muda yang dipilih adalah Iddin, 28, Zaimi, 22, Izzat, 34, Luqman, 29, Anas, 35, Ashraf, 28, Shamsul, 25, Iman, 25, Saad, 28, dan Amar, 31.
Antara tugasan teras dalam Mualim Muda ialah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan, dan komunikasi.
Mualim Muda bakal bersiaran secara serentak mulai 19 Disember, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Program ini boleh strim program ini secara On Demand di Astro GO dan sooka