Sekilas
- Dr Kamilin Jamilin tekankan peserta Mualim Muda perlu memikul tanggungjawab sebagai penyampai ilmu agama, bukan sekadar penghibur.
- Program Mualim Muda menampilkan juri seperti Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr Kamilin Jamilin, dan Neelofa, dengan Ustaz Shahrizan Daud sebagai Mursyid.
- Mualim Muda akan mula bersiaran 19 Disember di Astro Oasis dan Astro Prima, serta boleh distrim di Astro GO dan sooka.
Juri tetap Mualim Muda iaitu Dr Kamilin Jamilin mempunyai ekspektasi atau kriteria tersendiri dalam menjuri 10 peserta program dakwah berkenaan.
Menurut Dr Kamilin, gelaran sebagai Mualim Muda bukan sekadar satu pertandingan, sebaliknya satu amanah besar yang perlu dipikul oleh setiap peserta.
Malah kesemua 10 peserta yang terlibat perlu memahami identiti sebenar mereka sebagai penyampai ilmu agama, bukan semata-mata penghibur di atas pentas.
“Kita ada 10 para peserta, yang mana saya tekankan untuk nak memikul nama atau pun gelaran sebagai Mualim Muda ni bukan mudah.
“Saya nak mereka ini perfom, persembahkan diri mereka ini sebagai diri mereka. Saya nak mereka tahu mereka ini Mualim, itu yang pertama,” jelasnya menerusi video yang dimuat naik di Instagram @mysalammuslim.
Tambah Dr Kamilin lagi, elemen persembahan hanyalah perkara sampingan dan tidak boleh mengatasi tanggungjawab utama sebagai pembawa ilmu.
Dalam video yang sama, Dr Kamilin juga turut menekankan kepentingan adab dalam penyampaian ilmu.
“Bukannya sebagai performer, pelawak, pelakon ke, itu semua nombor dua. Tap yang pertama adalah sebagai tanggungjawab dan amanah mereka sebagai pembawa ilmu.
“Ada adabnya, ada guidelines, yang perlu untuk mereka jaga, itu ekpektasi daripada saya, semoga ada disiplin ilmu ketika mereka menyampaikan ilmu itu,” tegasnya.
Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga pelakon, Neelofa sebagai juri program.
Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta.
Gandingan selebriti Pencetus Ummah iaitu Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC pula diberi tanggungjawab mengemudi pentas sebagai hos program.
Seramai 10 peserta telah dipilih menerusi sesi uji bakat.
Mualim Muda yang dipilih adalah Iddin, 28, Zaimi, 22, Izzat, 34, Luqman, 29, Anas, 35, Ashraf, 28, Shamsul, 25, Iman, 25, Saad, 28, dan Amar, 31.
Antara tugasan teras dalam Mualim Muda ialah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan, dan komunikasi.
Mualim Muda bakal bersiaran secara serentak mulai 19 Disember, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Program ini boleh strim program ini secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.
Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.