Minggu pertama Muzikal Lawak Superstar musim kelima (MLS5) menyaksikan kumpulan Roda antara yang paling mendapat perhatian.
Membawakan watak sebagai gengster, Roda yang dianggotai oleh Fad Bocey, Sharif Zero dan Naqiu berjaya menduduki tangga pertama minggu ini dengan markah 81.86%.
Advertisement
Selain sketsa yang lucu, netizen juga rasa terhibur apabila melihat Fad berkongsi mesej yang diberikan oleh pelakon, Syafiq Kyle menerusi aplikasi WhatsApp.
“Salam. Apa khabar encik Fad. Dengar cerita awak diburu oleh Ghaz semalam. Hati-hati ya. Dalam jambang dia tu ada bom, masak kau.
“Yes sama. Patut awak lah Arip sebenar. Saya approve sebab awak ada vibe genji sikit,” tulisnya.
Bukan sahaja Syafiq, aktor Sharnaaz Ahmad juga turut meninggalkan komen lucu di hantaran tersebut.
Namun komen yang diberikan itu ditujukan kepada Sharif yang membawakan watak mirip wajah aktor itu.
“Jangan sampai aku jumpa @sharif_zero kat luar...,” tulisnya.
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen mengakui terhibur dan puas hati dengan persembahan Roda di minggu pertama.
MLS5 dihoskan oleh pengacara versatil, Datuk AC Mizal manakala Datuk Aznil Hj Nawawi, Zizan Razak dan Bella Astillah diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.
MLS5 bersiaran secara langsung di Royal Theater Shah Alam, setiap Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Prima (saluran 105).
Penonton juga boleh menyaksikan kandungan eksklusif di sebalik tabir serta sebuah perjalanan yang pastinya tidak akan dilupakan apabila setiap empayar bangkit atau tumbang di pentas MLS5 melalui On Demand di Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.
Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.