Skip to main content

Hiburan

Misha Omar Utamakan Pelajaran Idris, Belum Sedia ‘Lepas’ Anak Ke Dunia Hiburan - “Tak Nak Dia Ponteng Kelas”

Misha Omar

Sekilas

  • Misha Omar belum bersedia membenarkan anaknya, Muhammad Idris Ezzwa, menceburi dunia hiburan secara serius dan lebih mengutamakan pendidikan Idris dahulu.
  • Misha terbuka menerima tawaran persembahan untuk Idris asalkan tidak mengganggu waktu sekolah dan komitmen anaknya.
  • Idris menunjukkan minat dalam bidang komunikasi massa dan muzik, namun Misha menekankan pentingnya disiplin dan menamatkan sekolah sebelum serius dalam hiburan.

Penyanyi, Misha Omar belum bersedia membenarkan anaknya, Muhammad Idris Ezzwa untuk menceburkan diri dalam dunia hiburan secara serius.

Ujar Misha yang mesra disapa Kak Mitch, ketika ini dia lebih memilih menjadikan pendidikan sebagai keutamaan buat anaknya itu.

“Sebenarnya kalau tanya saya, biarlah dia (Idris) habis sekolah dulu. Lagipun kita tahu dunia hiburan macam mana. Saya pun kerja tak tentu masa.

“Contoh kalau saya diundang menjadi juri, selepas selesai saya kena tunggu untuk beri komen dan kena stay sampailah ke sidang media. Begitu juga dengan peserta.

“Bila macam itu adakah kita akan bagi anak kita yang penat untuk bersekolah pada keesokan harinya? Tak mungkin.

“Jadi saya tak nak Idris melihat itu sebagai benda yang buat dia macam, ‘Oh, tak pergi sekolah tak apa’. Ha, tak nak begitu,” katanya.

Walau bagaimanapun, pemilik nama Samihah @ Aisah Omar ini terbuka untuk menerima tawaran membuat persembahan selagi mana ia tidak menjejaskan waktu sekolah Idris.

“Tapi kalau adalah produksi yang nak panggil dia untuk nyanyi suka-suka, macam apa-apa program yang tidak melibatkan komitmen yang banyak, itu boleh dipertimbangkan.

“Jadi biarlah dia habis sekolah. Tapi tidak menolak seandainya ada produksi yang mahukan dia perform,” katanya kepada Gempak.

Misha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui Gempak, baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai keterbukaannya membenarkan Idris menceburkan diri dalam dunia hiburan pada masa akan datang, pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta ini berkata, dia akan mendidik Idris itu tentang disiplin agar anaknya itu menjadi lebih bersedia.

“Buat masa ini, ada petanda yang baik iaitu Idris sangat suka bercakap. Jadi nampaklah dia mungkin minat Mass Comm.

“Dari situ sebagai ibu bapa, saya jadikan sebagai panduan untuk dia sambung belajar nanti.

“Dia juga dah belajar kelas piano jadi dah memang terdedah dengan segala tone. Sememangnya banyak lagi ilmu pengetahuan yang boleh dia gali cuma itulah, dia masih bersekolah.

“Kena habiskan sekolah dulu. Lagi pula, tak naklah tunjuk benda yang tak siap. Jadi, kalau betul-betul siap baru kita tunjuk. Kita dah ajar disiplin dia bekerja begitu, jadi insya-Allah mudah-mudahan dia akan terimalah satu hari nanti,” ujarnya.

Sebelum ini, kepetahan serta kelunakan suara Idris ketika melakukan persembahan istimewa di Konsert DiA Misha Omar pada November tahun lau mengundang perhatian ramai.

Rata-rata penonton dan warganet beranggapan Idris sudah bersedia untuk menceburkan diri dalam dunia hiburan meskipun masih muda.

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Must-Watch Video

Advertisement