Sekilas
- Pelakon Ben Amir berkongsi foto bersama Maiya atau Liana Alara yang memberi bayangan mereka sudah berkahwin.
- Ruang komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen dan rakan selebriti seperti Mimi Lana dan Mira Filzah.
- Maiya, wanita asal Filipina, telah memeluk Islam pada November tahun lalu dan memilih nama Liana Alara.
Perkongsian pelakon Ben Amir yang memuat naik foto bersama wanita piihannya iaitu Maiya menarik perhatian netizen di laman Instagram.
Menerusi perkongsian itu, Ben Amir seakan-akan memberi bayangan dia dan Maiya atau nama Islam, Liana Alara sudah melangsungkan perkahwinan.
Hanya menulis kapsyen ringkas ‘tunggu boat jap’, bagaimanapun ruang komen perkongsian dipenuhi dengan ucapan tahniah.
Malah rakan selebriti seperti Mimi Lana, Mira Filzah, dan ramai lagi turut mengucapkan tahniah serta mendoakan pasangan itu bahagia hingga ke jannah
Pada November tahun lalu, Ben Amir mengumumkan berita gembira mengenai kekasihnya yang sudah pun memeluk Islam.
Wanita asal Filipina itu meluahkan rasa syukur apabila perjalanannya untuk memeluk Islam berjalan dengan lancar dan memilih nama Liana Alara.