Sekilas
- Penyanyi Irfan Haris berkongsi suasana meriah sambutan Hari Raya di Johor Bahru bersama keluarga dengan juadah tradisional seperti ketupat, rendang dan sambal udang yang dimasak oleh ibunya.
- Irfan biasanya tidak memasak kerana kakaknya, Amira Othman, yang membantu di dapur, namun kali ini dia mengambil alih tugas tersebut.
- Irfan pulang beraya di kampung suami Fattah Amin dan menerima keadaan kakaknya yang kini lebih fokus kepada keluarga sendiri, walaupun mereka tetap berhubung melalui video call.
Penyanyi Irfan Haris berkongsi suasana menyambut Hari Raya bersama keluargannya di Johor Bahru yang dianggap sangat meriah.
Menurut Irfan, tiap kali sambutan Aidilfitri, ibunya akan masak juadah raya seperti ketupat, rendang dan sambal udang yang merupakan menu dinanti-nantikan.
“Kebiasaanya raya kami memang meriah sebab kami berkumpul pada raya pertama. Ibu saya pula memang tiap kali raya masak.
“Ibu memang masak ketupat, rendang dan paling utama sambal udang. Jadi memang meriah raya di Johor,” kata Irfan kepada Gempak.
Penyanyi lagu ‘Bincang Raya’ ini juga mengambil tugas kakaknya iaitu Amira Othman di dapur memandangkan penyanyi itu pulang beraya di kampung suami, Fattah Amin.
“Selalunya kak Ya (Amira) yang tolong di dapur. Kali ini saya ambil tanggungjawab dia pula. Saya okay saja… lagipun saya terima yang kakak saya dah kahwin dan ada suami.
“Sudah tentu suami keutamaan kakak saya. Tak apa, tak jumpa boleh video call,” ujarnya.