Skip to main content

Selebriti

Mek Yun Syukur Miliki Kediaman Pertama, Siap Design Sendiri Satu Rumah - “Berjaya Capai Semua Ini Sebelum Umur 30 Tahun”

Mek Yun rumah pertama

Sekilas

  • Mek Yun berkongsi kegembiraan apabila rumah pertama impiannya kini telah siap sepenuhnya.
  • Dia berasa bangga kerana berjaya merealisasikan impian tersebut hasil kerja keras sendiri sebelum umur 30 tahun.
  • Mek Yun memberi semangat kepada mereka yang masih berusaha memiliki rumah supaya terus berusaha dan percaya pada impian masing-masing.

Personaliti media sosial, Mek Yun meluahkan rasa syukur apabila impian untuk memiliki rumah pertama akhirnya menjadi kenyataan.

Menerusi perkongsian di media sosial, Mek Yun memaklumkan rumah idamannya itu kini telah siap sepenuhnya.

Malah kata Mek Yun, dia juga berasa bangga kerana impian yang diusahakan selama ini berjaya direalisasikan dengan hasil kerja kerasnya sendiri.

“Finally rumah pertama Mekyun dah siap gais! Another milestone dalam hidup Mekyun! Semua ini hasil titik peluh Mekyun sendiri.

“Dari kosong sampai siap, Mekyun kerja keras, jatuh bangun.. semua Mekyun lalui sendiri. Mekyun bangga sangat dengan diri sendiri.. Mekyun berjaya capai semua ni sebelum umur 30 tahun,” ujarnya.

Dalam hantaran yang sama, Mek Yun juga turut memberikan kata-kata semangat kepada mereka yang masih berusaha untuk memiliki rumah sendiri.

Kata Mek Yun, setiap impian memerlukan usaha berterusan dan keyakinan yang tinggi sebelum dapat direalisasikan.

“Untuk korang yang ada impian nak ada rumah sendiri juga, satu hari nanti masa korang akan tiba juga.

“Teruskan usaha dan jangan berhenti percaya dengan impian korang okay!” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement