Skip to main content

Selebriti

Meerqeen Kurangkan ‘Screen time’, Mahu Fokus Buat Badan Demi Tuntutan Kerja - “Kena Besarkan Dulu, Baru Cantik Untuk Karakter Itu”

Meerqeen

Sekilas

  • Meerqeen tambah berat badan sehingga 90 kilogram demi watak filem besar, bukan kerana masalah kesihatan.
  • Dia kurangkan masa di media sosial dari 12 jam ke 6 jam sehari untuk fokus latihan fizikal dan pembangunan karakter.
  • Meerqeen menang anugerah Gempak Most Wanted 2025, Selebriti Tergempak 2025, dan drama lakonannya Thariq Ridzuwan menang Drama Tergempak 2025.

Pelakon dan pemenang Gempak Most Wanted 2025 (GMWA2025), Meerqeen sudah menjangka perubahan fizikalnya yang kelihatan sedikit berisi bakal mengundang kecaman.

Menurut Meerqeen atau nama penuhnya, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 24, tujuannya menambah berat badan sehingga mencecah 90 kilogram adalah demi menjayakan watak dalam sebuah filem berskala besar, bukan disebabkan masalah kesihatan.

"Peminat saya faham, tetapi orang luar yang tak ikuti saya di media sosial  atau mungkin haters (pembenci) kata tubuh saya nampak gemuk tak macam dulu kerana penyakit.

"Rasa tak mahu layan atau takut tak nak teruskan menyebabkan saya pernah bagitahu dulu nak berehat dari media sosial sekejap. Saya dah jangka benda ini akan jadi,” ujarnya.

Meerqeen berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media Gempak Most Wanted Awards 2025 bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Disebabkan itu juga, Meerqeen memilih untuk mengurangkan penggunaan media sosial daripada 12 jam sehari kepada enam jam bagi untuk memberikan fokus terhadap misinya.

"Sekarang 'screen time' saya daripada 12 jam, jadi enam jam atau kurang, itu pun untuk hal penting contohnya muat naik hantaran membabitkan kerja dan perkara yang memang saya wajib buat. Itu saja.

"Sebelum ini  saya pernah berdepan tohmahan lebih teruk, sekali gus apa yang saya hadapi kali ini tidak memberi kesan terhadap mental saya.

"Cuma risau ganggu misi untuk ke arah mendapatkan bentuk tubuh seperti tuntutan watak. Mungkin saya pun tak kongsi aktiviti di gimnasium, jadi orang luar tak tahu tujuan melakukan perubahan ini.

"Sebab itu saya cuba elak (media sosial) kerana itu memakan masa serta komitmen saya. Kini lebih kepada fokus terhadap latihan fizikal serta pembangunan karakter.

"Perjalanan buat badan (sado) bukan mudah. Saya kena besarkan tubuh dulu, baru cantik. Jadi rutin saya di gim adalah lima kali seminggu, pergi tengah hari, balik pukul 3 petang dan kemudian habiskan masa dengan keluarga," jelasnya.

Belum sedia mendedahkan filem yang bakal dilakonkan, Meerqeen mengakui tidak mengambil tawaran lain sehingga masuk set naskhah tersebut sekitar Julai nanti.

Meerqeen melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai penerima anugerah Gempak Most Wanted 2025.

Dalam masa sama, Meerqeen turut menggondol anugerah Selebriti Tergempak 2025 pada majlis sama.

Bukan itu sahaja, drama lakonan Meerqeen yang bertajuk Thariq Ridzuwan turut dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Drama Tergempak 2025.

Sekadar info, pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam ini mula dikenali selepas muncul sebagai peserta Hero Remaja 2019/2020.

Meerqeen kemudiannya mula menempa nama dan meraih perhatian peminat menerusi beberapa drama lakonannya yang disifafkan sebagai ‘natural’ dan menjadi.

Dihoskan oleh Amelia Henderson dan Sean Lee, malam anugerah GMWA2025 turut dimeriahkan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Marsha, Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hael Husaini, ALPHA dan ramai lagi.

GMWA2025 telah berlangsung secara LIVE pada 15 Februari 2026 dari Auditorium MBSA Shah Alam, eksklusif di saluran Astro Ria (104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement