Skip to main content

Hiburan

Matthew McConaughey 8 Tahun Tak Bercakap Dengan Ibu

Matthew McConaughey

Bintang Hollywood, Matthew McConaughey mendedahkan pernah tidak bercakap dengan ibunya Mary Kathleen atau Kay selama lapan tahun sebelum ini.

Menurut McConaughey, 55, dia tidak bercakap dengan ibunya kerana menyifatkan wanita yang melahirkannya itu tidak menghormati privasi dirinya.

Advertisement

Malah pemain filem Interstaller itu mendakwa bertahan selama lapan tahun tidak bercakap dengan ibunya kerana Kay telah memberi informasi dirinya kepada pihak media.

“Saya pernah tidak bercakap selama lapan tahun dengan ibu.

“Saya ingat ia terjadi kerana saya bercakap dengan ibu di telefon tentang satu perkara pada hujung minggu dan kemudian perbualan kami didedahkan di media pada pertengahan minggu.

“Oleh kerana dia tidak boleh menolong dirinya, jadi saya diam,” akui McConaughey seperti dilaporkan People.

Namun hubungan anak-beranak itu pulih selepas ‘fasa beku’ lapan tahun tersebut.

“Selepas lapan tahun, saya tidak peduli dan ibu bebas mahu bercakap apa sahaja tentang saya.

“Sejujurnya hubungan kami lebih akrab sekarang,” katanya lagi.

Must-Watch Video

Advertisement