Sekilas
- Sudah memasuki hari raya Aidilfitri yang ketiga tahun ini, suasana takbir raya masih dirasai hangat.
- Seorang pelancong, Ryry Lastic, berkongsi pengalaman mendengar alunan takbir yang sangat merdu di sebuah masjid.
- Video perkongsian Ryry di TikTok telah mendapat lebih 2.3 juta tontonan dan 360,000 tanda suka setakat ini.
Sedar tak sedar, kita sudah pun memasuki hari raya Aidilfitri yang ketiga pada tahun ini.
Bila berbicara soal raya, antara yang paling dinantikan ialah alunan takbir di pagi raya yang begitu merdu dan mengasyikkan yang pastinya boleh mengundang sebak dalam diri seseorang.
Itulah juga yang dirasai seorang pelancong dikenali sebagai Ryry Lastic sewaktu dia mendengar alunan takbir raya.
Menerusi perkongsian yang dibuat, Ryry berkongi momen dirinya yang sedang duduk sambil mendengar alunan merdu tersebut di sebuah masjid.
“Terasa seperti dalam filem kerana ianya (alunan) takbir sungguh indah,” kongsinya.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian Ryry itu telah meraih lebih 2,300,000 tontonan dan lebih 360,000 tanda suka.
Sumber: TikTok