Sekilas
- Haqiem Rusli meluahkan rasa syukur dan dedikasi ucapan tahun baharu kepada isteri tercinta, Anis Sofea, yang sentiasa menyokongnya dalam susah dan senang.
- Haqiem menghargai penerimaan isterinya terhadap dirinya seadanya dan mengakui mereka telah melalui banyak dugaan bersama.
- Dia berjanji untuk terus memperbaiki diri demi kebahagiaan bersama dan menyatakan cintanya yang tidak berbelah bahagi kepada Anis Sofea.
Penyanyi Haqiem Rusli mendedikasikan ucapan tahun baharu buat isteri tercinta iaitu Anis Sofea yang sentiasa berada disamping di kala susah dan senang.
Menerusi perkongsian di Instagram, Haqiem bersyukur isterinya menerima dirinya seadanya dan mereka sentiasa ada untuk satu sama lain.
“My Anis Sofea. Saya sangat bersyukur dengan kehadiran awak ketika saya dalam kesusahan dan kegembiraan. Kita sudah melalui banyak dugaan bersama.
“Awak sentiasa berada disamping saya sejak mula, terima saya untuk kekuatan dan kekurangan saya. Walaupun terkadang dunia menentang kita, tapi kita selalu ada untuk kita,” katanya.
Pada perkongsian yang sama, Haqiem mengakui dia perlu memperbaiki dirinya menjadi lebih baik dan turut meluahkan rasa cinta terhadap isterinya.
“Saya tahu saya masih banyak yang perlu diperbaiki, tetapi saya cuba setiap hari untuk menjadi lebih baik, bukan hanya untuk diri sendiri, untuk kita.
“Sehingga nafas terakhir saya, Akem akan selalu sayang Fea,” kongsinya lagi.
Sumber - Instagram