Skip to main content

Hiburan

“Masa Nak Kahwin, Saya Tak Ada Simpanan…” - Nadzmi Adhwa Syukur Ardell Aryana Hanya Minta Al-Quran Sebagai Hantaran

Nadzmi Adhwa

Sekilas

  • Pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi dia tidak mempunyai wang simpanan ketika ingin berkahwin dengan Ardell Aryana.
  • Ardell hanya meminta senaskhah Al-Quran sebagai hantaran, yang dianggap Nadzmi lebih berharga daripada wang.
  • Perkongsian itu dibuat sebagai jawapan kepada soalan wargamaya tentang jumlah simpanan yang perlu ada sebelum berkahwin.

Pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan dia tidak mempunyai wang simpanan ketika ingin berkahwin dengan isterinya yang juga aktres Ardell Aryana. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, Nadzmi meluahkan rasa syukur apabila Ardell hanya meminta senaskha Al-Quran sebagai hantara ketika itu. 

 

“Masa saya nak kahwin kan, saya tak ada simpanan langsung. Allah kurniakan saya isteri yang hanya minta Al Quran sebagai hantaran. 

 

“Itu lebih mahal dari segalanya. Allah sebaik baik perancang. Minta pada Allah Insyallah,” kongsinya. 

 

Nadzmi berkongsi perkara itu bagi menjawab persoalan wargamaya yang ingin mengetahui berapa banyak wang simpanan yang perlu ada pada seseorang lelaki umtuk berkahwin. 

 

“Guys, nak minta pendapat lelaki yang dah kahwin. Simpanan kena berapa baru boleh kahwin?” tanya individu itu. 

 

Rata-rata wargamaya di ruang perkongsian Nadzmi mendoakan agar aktor itu dan isterinya sentiasa bahagia serta rumah tangga yang dibina kekal hingga ke jannah. 


Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement