Penyanyi, Aina Abdul menyorot perhatian tetamu Keretapi Sarong 2025 selepas membuat kemunculan istimewa di acara tersebut.
Advertisement
Pada acara tersebut, Aina Abdul hadir untuk mengetuai bacaan ikrar tersebut bersama ribuan peserta acara berkenaan di RainTree Plaza, TRX, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Dalam pada itu, Aina turut menghiburkan peserta yang hadir dengan tiga buah lagu iaitu Asean, Warisan dan Standing In The Eyes Of The World nyanyian asal Ella.
Aina juga tampil manis mengayakan kebaya putih dengan elemen Asean rekaan pereka fesyen, Rashid Moshi.
Untuk info, Keretapi Sarong 2025 merupakan program anjuran LOCCO iaitu organisasi yang membantu mempromosikan aktiviti kebudayaan menerusi penganjuran Keretapi Sarong sejak 2017.