Skip to main content

Filem

The Furious: Razaisyam Rashid Puji Lakonan Zul Ariffin Beri Impak Besar, Sky Iskandar Pula ‘Dilahirkan’ Jadi Bintang Filem

Razaisyam puji pelakon The Furious

Sekilas

  • Pengarah Razaisyam Rashid memuji lakonan Zul Ariffin dalam filem The Furious: Pertaruhan Maruah yang berjaya memberikan impak besar menerusi watak Firdaus.
  • Razaisyam turut memuji lakonan Sky Iskandar dan Ikmal Amry, menyanjung kualiti lakonan dan latar belakang sukan tinju Ikmal yang menambah realisme babak aksi.
  • The Furious: Pertaruhan Maruah mengisahkan dua beradik yang bersatu semula selepas maruah keluarga tercalar dan telah ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 28 Mei 2026.

Pengarah filem Tarung: Unforgiven, Razaisyam Rashid, memuji lakonan pelakon, Zul Ariffin dalam naskhah The Furious: Pertaruhan Maruah.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Razaisyam menyifatkan lakonan Zul berjaya memberikan impak besar menerusi watak Firdaus yang dibawanya.

Menurutnya, Zul sememangnya memiliki aura tersendiri sebagai seorang pelakon, malah penampilannya dalam salah satu babak filem tersebut turut mencuri perhatian.

Dalam masa sama, Razaisyam turut memuji lakonan Sky Iskandar yang menurutnya memiliki kualiti sebagai bintang filem sejak awal lagi.

Tidak cukup dengan itu, Razaisyam turut memuji lakonan Sky Iskandar yang menurutnya memiliki kualiti sebagai bintang filem sejak awal lagi.

“Aku suka filem ni. Zul Ariffin dia memang power la, scene dia lepas shave tu gila handsome teruk.

“Sky memang dilahirkan jadi film star, aku suka bila dia jumpa balik mak dia, detailing dia letak tangan dalam poket seluar tu.

“Simple tapi clear gila apa yang disampaikan. Fight Sky best! Beriya dia besarkan chest untuk film ni,” coretnya.

Dalam masa yang sama, Razaisyam juga tidak ketinggalan memuji kemampuan Ikmal Amry yang menurutnya mempunyai kelebihan tersendiri dalam babak aksi memandangkan pelakon itu mempunyai latar belakang dalam sukan tinju.

“Ikmal Amry ni mmg boxer, aku pernah tgk dia fight betul2, a beast!

“Cuma kalau dia dalam real life sopan gila, tapi kalau bagi dia character memang sesuatu,” kongsinya.

The Furious: Pertaruhan Maruah menampilkan Zul Ariffin sebagai teraju utama bersama Sky Iskandar, Ikmal Amry, Sandra Lim, Zamarul Hisham dan Marisa Yasmin.

The Furious: Pertaruhan Maruah merupakan sebuah filem arahan Heng Aik Siong yang diterbitkan oleh ACT 2 Pictures bersama GSC Movies, Astro Shaw dan Sunstrong Entertainment.

Filem ini mengangkat kisah dua beradik yang kembali bersatu selepas maruah keluarga mereka tercalar apabila nama arwah bapa mereka dihina secara terbuka, sekaligus mencetuskan perjalanan penuh konflik antara maruah dan dendam.

The Furious: Pertaruhan Maruah telah menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 28 Mei 2026.

Anda mungkin berminat dengan

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Must Watch Video

Advertisement