Tiga bintang popular dari Indonesia, Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito bakal bergabung dalam sebuah konsert eksklusif berjudul Malam 3 Suara pada 14 Disember depan di Idea Live Arena, Kuala Lumpur.
Konsert yang dibawakan oleh Strategy X Entertainment Sdn. Bhd. itu menjanjikan lebih dua jam persembahan penuh emosi, menyatukan tiga penyanyi dengan keunikan vokal dan karakter tersendiri.
Advertisement
“Konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah perjalanan emosi melalui muzik. Setiap artis membawa jiwa berbeza – kelembutan vokal Anggi, balada penuh jiwa Fabio dan pesona persembahan Rizky. Bila digabungkan, ia melahirkan harmoni yang indah dan melengkapi antara satu sama lain,” kata wakil penganjur.
Penonton bakal dihiburkan dengan lebih 20 lagu hit, termasuk segmen solo, duet dan kolaborasi khas yang hanya boleh disaksikan pada malam tersebut.
“Saya amat teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur dan bertemu peminat di Malaysia. Ia peluang berharga untuk berkongsi muzik saya secara lebih dekat,” kata Rizky.
Ikon Generasi Baharu Muzik Pop Indonesia
Rizky Febian, dikenali dengan lagu-lagu hit seperti Hingga Tua Bersama, Kata, Penantian Berharga, Cuek dan Mantra Cinta, merupakan antara penyanyi lelaki paling banyak distrim di Asia dengan lebih tujuh juta pendengar bulanan di Spotify.
Sementara itu, Fabio Asher mula mencuri perhatian dengan lagu Bertahan Terluka dan Rumah Singgah, manakala Anggi Marito pula menampilkan aura segar dengan vokal bertenaga menerusi lagu Tak Segampang Itu dan Cara Mencintaimu.
Maklumat Konsert
Tarikh: 14 Disember 2025 (Ahad)
Masa: 8 malam
Lokasi: Idea Live Arena, Kuala Lumpur

Harga Tiket
Ground Floor (Bawah):
• Malam Rawan – RM448
• Hingga Tua Bersama – RM388
• Rumah Singgah – RM298
• Cara Mencintaimu – RM228
• Tak Segampang Itu – RM188
Upper Floor (Atas):
• Kesempurnaan Cinta – RM338
• Bertahan Terluka – RM288
• Tanpa Rasa Bersalah – RM268
• Makna Cinta – RM318
Tiket mula dijual pada 12 September 2025 di www.ticket2u.com.my/malam3suara