Skip to main content

Hiburan

Majlis Resepsi Lebih Santai, Erra Fazira & Mr E Mahu Kembalikan Nostalgia Zaman 80an - “Kita Tak Pakai Satu Bunga Pun…”

Erra Fazira

Sekilas

  • Majlis resepsi Erra Fazira dan Mr E diadakan dengan konsep moden, glam, dan santai tanpa gubahan bunga.
  • Erra mahu majlis kali ini membawa suasana nostalgia tahun 70-an dan 80-an supaya tetamu boleh relax dan enjoy.
  • Netizen memuji majlis perkahwinan mereka yang kelihatan mewah dan bergaya.

Majlis resepsi Primadona Negara, Erra Fazira dan pasangannya, Mr E atau Ezuwan Zain pada malam Sabtu dilihat berkonsepkan moden dan glam. 

 

Menerusi video temu bual yang dikongsikan di Threads, Mr E memberitahu mereka memilih majlis santai selain tidak meletakkan sebarang gubahan bunga.  

 

“Basically kita lain daripada yang lain la dari majlis-majlis sebelum ini. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Ada satu benda yang mana kita tak pakai satu bunga pun dalam majlis ini. 

 

“Lepas itu macam yang anda semua tengok kak Erra menari tadi. Yang selebihnya, kita agak minimal tapi acara yang penuh santai disertai sahabat-sahabat, itu yang istimewa,” katanya. 

 

Manakala menurut Erra pula, majlis kali ini lebih kepada mahu mengembalikan nostalgia pada zaman 70 dan 80 an di mana mereka mahu tetamu hadir dalam keadaan lebih ‘relax’ dan enjoy. 

 

“Kita nak lari dari konsep waktu kita nikah, very islamic way kemudian waktu majlis resepsi sebelum ini tradisional, kali ini lebih kepada moden, dan mengembalikan nostalgia zaman 70, 80an. 

 

“Kita nak semua orang nak relax dan have fun, tak terlalu formal,” ujarnya. 

 

Rata-rata netizen memuji majlis perkahwinan Erra dan pasangan yang kelihatan mewah serta bergaya. 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement