Skip to main content

Hiburan

“Maafkan Saya Jika…” - Linda Rafar Tarik Diri Daripada Elite?

Linda Rafar

Penyanyi Linda Rafar mengumumkan dia mahu menarik diri daripada menyertai sebarang aktiviti bersama kumpulannya iaitu Elite.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh Linda menerusi satu hantaran di platform Threads.

“Hanya pada Allah SWT sahaja aku berserah. Maafkan linda jika tak dapat nak sertai Elite lagi.

Advertisement

“Sedih sangat, nak tulis pun tak boleh. Moga Allah SWT kuatkan saya dalam apa juga keadaan,” tuilisnya.

Bagaimanapun, Linda tidak menyatakan punca keputusan itu dibuat.

Menerusi hantaran tersebut, Linda turut berkongsi perbualannya bersama ahli Elite yang lain iaitu Azza dan Abby Abadi.

Keputusan itu diambil hanya sebulan selepas Linda kembali bergabung untuk menjayakan konsert Elite Live 25 di Plenary Hall, KLCC pada 23 Jun lalu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memberi sokongan kepada Linda atas keputusan peribadinya itu.

Must-Watch Video

Advertisement