Sekilas
- Kamal Adli memohon maaf atas tindakannya meninggikan suara semasa temu bual di mahkamah baru-baru ini melalui platform Threads.
- Pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh itu tetap mempertahankan kenyataannya walaupun memohon maaf atas cara penyampaiannya.
- Mahkamah mencadangkan Kamal melepaskan isterinya, Uqasha Senrose, dan proses perceraian diteruskan, sementara Kamal menafikan dakwaan penderaan oleh Uqasha.
Video temu bual pelakon Kamal Adli seperti dalam keadaan menahan kemarahan ketika ditemui media di mahkamah baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi netizen.
Kamal menerusi platform Threads miliknya tampil memohon maaf kerana meninggikan suara secara tidak sengaja waktu itu.
Bagaimanapun, pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh itu tetap mahu mempertahankan kenyataannya ketika itu.
“Salam… saya nak minta maaf sebab waktu interview baru-baru ni saya tak sengaja tertinggi suara. Maaf sangat-sangat. Tapi bukan maaf untuk point saya.
“Korang akan comel kalau sudi maafkan. Terima kasih Allah,” kongsinya.
Ruang komen di perkongsian itu dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada netizen yang rata-ratanya turut mendoakan yang baik-baik untuk pelakon itu.
Pada Khamis lalu, mahkamah menyarankan untuk Kamal melepaskan isterinya iaitu Uqasha Senrose dan proses perceraian mereka diteruskan dengan Hakam.
Uqasha ketika ditemui media ketika itu turut mendakwa dirinya pernah dipukul dan didera ketika dalam perkahwinan.
Namun Kamal menafikan dakwaan tersebut selain memberi amaran kepada Uqasha dan individu yang menggelarkan dirinya sebagai ‘coach cerai’.
Sumber - Threads