Skip to main content

Hiburan

Luna Maya Tak Mahu Gopoh Timang Anak, Utamakan Perancangan & Kestabilan - “Buat Masa Ini Kami Mahu…”

Luna Maya

Pelakon popular Indonesia, Luna Maya akui dia dan suami, Maxime Bouttier tidak mahu terkejar-kejar dalam menimang cahaya mata. 

Menurut Luna, dia merupakan seorang individu yang sentiasa teliti dan teratur dalam setiap perancangan hidup dan tidak mahu mengambil keputusan terburu-buru terutama melibatkan fasa penting dalam kehidupan berumah tangga.

“Saya sejenis orang yang harus semuanya tersusun dan dirancangan dengan sebaik mungkin, saya tak nak satu hari nanti saya menyesal. Mungkin nanti bila sudah bersedia saya akan sedikit perlahan kerjaya saya sebaik kami memutuskan untuk mempunyai anak. 

“Perancangannya tahun hadapan, buat masa ini kami mahu bercinta dahulu selepas berkahwin dan nikmati waktu bersama,” katanya kepada Gempak. 

Luna Maya ditemui ketika menghadiri Malam Gala Tayangan Filem Sukma di GSC Mid Valley. 

Mengulas lanjut, Luna turut menegaskan bahawa keputusan untuk memiliki anak bukan sekadar soal masa, tetapi juga memerlukan persiapan rapi dari segi kewangan dan emosi.

“Untuk ada anak kita juga harus merancang sebaiknya, tabungan perlu cukup sebab kita nak berikan yang terbaik untuk anak. 

“Jadi semua hari difikirkan masak-masak bila kedua-dua sudah bersedia kita dapat jaga anak itu sebaik mungkin kerana kedua-duanya sudah sedia untuk menerima cahaya mata itu, Mentally and physically has to be ready,” ujarnya. 

Sekadar info, Luna dan Maxime selamat mendirikan rumah tangga pada 7 Mei lalu dalam satu majlis meriah yang diadakan di Bali.

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement