Luahan hati isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mengenai anak-anaknya menyentuh hati netizen.
Advertisement
Menerusi perkongsian itu, Dr Afifah memberitahu dia membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang selain sentiasa mahu melakukan lakukan yang terbaik buat mereka.
“Saya membesarkan mereka dengan kasih setulusnya, menjadi pelindung dengan sabar, menitip doa saban waktu, demi masa depan yang indah.
“Setiap langkah, setiap keputusan, semua demi mereka,” luahnya.
Dalam perkongsian lain, Dr Afifah turut berkongsi mengenai hak penjagaan bersama terhadap anak-anak meskipun pasangan suami isteri sudah bercerai.
“Co-parenting dalam Islam berasaskan rahmah, iaitu kasih sayang dan tanggungjawab. Walaupun perkahwinan berakhir, amanah untuk membesarkan dan membimbing anak-anak tetap menjadi tanggungjawab bersama.
“Bersama-sama, anda mendidik mereka tentang kasih sayang, hormat, dan keimanan,” ujarnya.
Nubhan telah memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Sebelum ini, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.