Skip to main content

Hiburan

Liyana Jasmay Persoal Mentaliti Netizen Yang Suka Kecam Di Media Sosial - “Orang Yang Awak Kutuk Tu Tak Tahu Pun Awak Wujud”

fvfv

Sekilas

  • Liyana Jasmay mengajak orang ramai berfikir tentang budaya kutuk-mengutuk yang semakin meluas terutama di media sosial.
  • Beliau menegaskan bahawa mengutuk orang lain memerlukan tenaga, emosi, dan mental yang banyak tetapi tidak memberi sebarang makna kepada yang dikutuk.
  • Liyana juga bertanya tujuan sebenar perbuatan mengutuk dan menggalakkan orang ramai berkongsi pandangan secara terbuka.

Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay tampil meminta pandangan orang ramai mengenai budaya kutuk-mengutuk yang semakin berleluasa, khususnya di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Liyana mempersoalkan tindakan segelintir individu yang gemar mengecam atau mengutuk orang lain kerana rasa tidak puas hati dan cemburu, sedangkan individu yang dikutuk langsung tidak menyedari kewujudan mereka.

dsdfv

“Selalu awak kutuk-kutuk orang yang awak tak puas hati sangat sebab cemburu, lepas itu tiba-tiba awak terjumpa dengan orang yang awak suka kutuk tu. Apa reaksi awak?

“Sebab sekali orang yang awak kutuk tu baik saja, relaks dan tak pernah pun tahu kewujudan awak,” tulisnya.

Menurut Liyana, perbuatan mengutuk orang lain sebenarnya memerlukan tenaga, emosi serta mental yang bukan sedikit, sedangkan hasilnya langsung tidak memberi sebarang makna.

“Cuba beritahu saya, berbaloi ke awak guna effort untuk kutuk orang tu? Sebab nak kutuk orang kan guna tenaga, untuk taip, hati dan mental.

“Akhirnya orang yang awak kutuk tu pun tak kenal awak atau dia cuma jalani hidup dia seperti biasa,” katanya lagi.

Pelantun lagu Aku Tak Percaya Cinta itu turut mempersoalkan tujuan sebenar perbuatan tersebut dan mengajak orang ramai berkongsi pandangan secara terbuka.

“Saya cuma nak tahu, apa sebenarnya tujuan buat semua tu? Boleh tolong komen, okey,” tulisnya disertai emoji hati.

Anda mungkin berminat dengan

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Must-Watch Video

Advertisement