Skip to main content

Hiburan

Ligamen Terkoyak Lepas Main Bola, PU Riz Syukur Neelofa Selalu Ada - “Isteri Sangat Mengambil Berat…”

Neelofa

Pendakwah bebas yang juga hos program realiti dakwah Mualim Muda, Haris Ismail mengakui dirinya berhadapan dengan kecederaan ligamen selepas bermain bola sepak tiga minggu lepas.

Menurut Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz, kecederaan tersebut berlaku akibat ligamen yang terkoyak sedikit.

“Alhamdulillah, ada dapat doa untuk berubat daripada Ustaz Kazim tadi. Biasalah kaki main bola, lepas itu terkoyak sikit ligamen saya,” katanya kepada Gempak.

Haris memaklumkan dia sedang menjalani rawatan fisioterapi bagi membantu proses pemulihan kecederaan tersebut.

Dalam masa sama, Haris turut menzahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada isterinya, Neelofa kerana sentiasa mengambil berat soal kesihatan dan keperluannya sebagai seorang suami. 

“Setakat ini buat fisio sahaja tapi alhamdulillah isteri sangat mengambil berat. Makan semua lengkap. Saya nak bagi kredit dekat dia,” ujarnya.

Meskipun masih merasai kesakitan, Haris mengakui dirinya tidak mampu untuk hanya berehat sepenuhnya di rumah kerana ia membuatkan keadaan menjadi lebih tidak selesa.

“Masih sakit, tapi tak boleh lah. Kalau duduk rumah lagi sakit, pening kepala duduk rumah,” katanya berseloroh.

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16278 Bra Sukan Autentik S-XXL | Authentic Sports Bra

ELGINI E16278 Bra Sukan Autentik S-XXL | Authentic Sports Bra

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex Essentia 3 Collection Men's Training Tee 2965

Yonex Essentia 3 Collection Men's Training Tee 2965

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Strapless Bra Women Seamless Anti Slip Underwear Gather Small Chest Invisible Upper Support Bandeau

Strapless Bra Women Seamless Anti Slip Underwear Gather Small Chest Invisible Upper Support Bandeau

Microfiber Singlet Men Jersey Round Neck T shirt Short Sleeve Baju Jersi Lelaki Plain Unisex Quick Dry Baju Sukan

Microfiber Singlet Men Jersey Round Neck T shirt Short Sleeve Baju Jersi Lelaki Plain Unisex Quick Dry Baju Sukan

Must Watch Video

Advertisement