Skip to main content

Indonesia

"Lepas Tahu Saya Siapa, Terus Layanan Berubah" - Cinta Laura Terkilan Sikap Staf Lapangan Terbang

Astro Gempak cintalaura

Sekilas

  • Cinta Laura berkongsi pengalaman kurang menyenangkan di lapangan terbang apabila layanan staf berubah selepas mereka mengenalinya sebagai selebriti.
  • Dia menegaskan bahawa setiap pelanggan berhak mendapat layanan mesra dan hormat tanpa mengira status atau populariti.
  • Walaupun kecewa, Cinta Laura tidak mendedahkan nama syarikat penerbangan tetapi menyeru agar semua orang dilayan dengan adil dan berperikemanusiaan.

Pelakon dan penyanyi Indonesia Cinta Laura meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterimanya di sebuah lapangan terbang sehingga menyifatkan pengalaman itu sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Cinta Laura berkata dia jarang berkongsi rungutan secara terbuka namun kali ini merasakan perlu bersuara selepas melihat bagaimana layanan terhadap seseorang boleh berubah hanya kerana status dan identiti.

Menurutnya, kejadian bermula apabila namanya dipanggil melalui pembesar suara selepas pihak lapangan terbang mahu melakukan pemeriksaan terhadap bagasinya yang mengandungi ankle weights.

“Aku sempat bingung harus ke mana dan dilempar dari satu staf ke staf lain.

“Sampai akhirnya ada satu service agent yang jalan bareng aku setengah jalan tapi tanpa arahan yang jelas,” katanya.

Pelakon itu kemudian meminta bantuan staf tersebut bagi memastikan dia tidak terlepas penerbangan sepanjang proses pemeriksaan berlangsung, namun mendakwa respons diterima agak dingin.

“Her response was basically just, ‘walk to counter 20’,” tulisnya.

Bagaimanapun, situasi berubah sebaik sahaja staf berkenaan menyedari identitinya selepas dia membuka cermin mata.

“Baru selepas aku buka kacamata dan dia sedar aku siapa, attitude-nya langsung berubah total.

“Tiba-tiba jadi jauh lebih ramah, helpful dan attentive,” katanya lagi.

Menurut Cinta Laura, perkara yang paling mengecewakannya bukanlah kesulitan yang dialami tetapi hakikat bahawa layanan seseorang boleh berubah hanya kerana populariti atau status.

“Every customer deserves kindness and respect regardless of who they are.

“Fame, status, penampilan atau social standing seharusnya tak menentukan apakah seseorang layak diperlakukan dengan baik atau tidak,” tegasnya.

Dalam masa sama, Cinta Laura mengakui dirinya sedar tentang kelebihan dan layanan istimewa yang kadangkala diterima sebagai selebriti, namun itulah sebab utama dia merasakan perlu bersuara.

“Kalau perlakuan terhadap seseorang langsung berubah begitu mereka dianggap ‘penting’, lalu berapa banyak orang biasa yang diperlakukan dengan buruk setiap harinya?” katanya.

Walaupun kecewa, Cinta Laura memilih untuk tidak mendedahkan nama syarikat penerbangan terbabit secara terbuka, namun menegaskan semua manusia berhak dilayan dengan hormat dan ihsan tanpa mengira siapa mereka.

Anda mungkin berminat dengan

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

900ml 304 Stainless Steel Handheld Thermos Insulated Vacuum Tumbler Mugater Bottle with Straw Handle cawan termos

900ml 304 Stainless Steel Handheld Thermos Insulated Vacuum Tumbler Mugater Bottle with Straw Handle cawan termos

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS PrimeLift BACKPACK Unisex Beige KE3784

adidas Lifestyle ADIDAS PrimeLift BACKPACK Unisex Beige KE3784

YB5L YB5 YB5L-BS BATTERY EX5 CLASS KRISS EGO LC135 V1 SPORT E BONUS NOUVO S SRL110 bateri SRL110 LAGENDA 110 SRL WAVE100

YB5L YB5 YB5L-BS BATTERY EX5 CLASS KRISS EGO LC135 V1 SPORT E BONUS NOUVO S SRL110 bateri SRL110 LAGENDA 110 SRL WAVE100

Must Watch Video

Advertisement