Skip to main content

Angkat Elemen Borneo, 5 Fakta Menarik Koleksi Rip Curl x Pangrok Sulap

Astro Gempak ripcurl (1)

Sekilas

  • Rip Curl dan Pangrok Sulap bekerjasama menghasilkan koleksi eksklusif yang menggabungkan budaya Borneo dengan elemen surf culture moden.
  • Koleksi ini menampilkan dua rekaan utama iaitu Spirit of the Waves dan Waves and Roots yang diinspirasikan daripada permainan tradisional dan hubungan daratan-lautan.
  • Sebahagian hasil jualan akan disalurkan kepada inisiatif komuniti, dan koleksi ini sudah boleh dibeli di stor Rip Curl seluruh negara serta secara dalam talian.

Kolaborasi antara Rip Curl dan Pangrok Sulap kini menjadi perhatian apabila kedua-duanya tampil dengan koleksi eksklusif yang menggabungkan budaya Borneo bersama elemen surf culture moden menerusi kempen 'Artist of The Search'.

Bukan sekadar koleksi pakaian biasa, kerjasama ini turut membawa elemen komuniti, seni dan identiti tempatan yang diterjemahkan ke dalam rekaan tee edisi terhad.

1. Pangrok Sulap Bukan Kolektif Seni Biasa

Ditubuhkan di Ranau, Sabah pada tahun 2010, Pangrok Sulap menghimpunkan pelbagai latar belakang kreatif termasuk artis, penulis, aktivis, pemuzik, penyelidik dan pengusaha kraftangan.

Mereka cukup dikenali dengan karya berteraskan komuniti dan pembangunan sosial selain aktif terlibat dalam pameran seni tempatan serta antarabangsa sejak tahun 2013.

2. Koleksi Ini Angkat Identiti Kampung & Lautan Borneo

Salah satu rekaan utama berjudul Spirit of the Waves diinspirasikan daripada kehidupan kampung di Borneo yang menghubungkan elemen daratan dan lautan sebagai satu pengalaman bersama.

Menurut penerangan karya tersebut, permainan tradisional, budaya dan ombak laut digambarkan sebagai simbol kebebasan hidup antara darat dan laut.

3. Permainan Tarik Upih Jadi Inspirasi Rekaan

Rekaan kedua pula, Waves and Roots, mengetengahkan nostalgia zaman kanak-kanak di kampung menerusi permainan tarik upih.

Pergerakan daun palma yang meluncur dalam permainan tersebut disamakan dengan momentum ombak laut, sekali gus menggabungkan memori tradisional tempatan dengan budaya surfing moden.

4. Kolaborasi Ini Ada Mesej Sosial

Apa yang membezakan koleksi ini dengan kolaborasi fesyen biasa adalah elemen komuniti yang dibawa bersama.

Sebahagian hasil jualan koleksi akan disalurkan kepada inisiatif komuniti pilihan Pangrok Sulap sebagai usaha memperkukuhkan pembangunan sosial dan budaya menerusi seni.

5. Kini Dah Boleh Didapati Di Malaysia

Koleksi eksklusif Rip Curl x Pangrok Sulap kini boleh dibeli di semua stor Rip Curl seluruh negara dan secara dalam talian menerusi Rip Curl Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

ASICS Netburner Shield FF 2 Women Netball Shoes In White/Morganite

ASICS Netburner Shield FF 2 Women Netball Shoes In White/Morganite

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

Women's Thread Elastic Zipper Hooded T-shirt New Solid Irregular Slim Fit Long Sleeve Underlay Fashion Casual Top

Women's Thread Elastic Zipper Hooded T-shirt New Solid Irregular Slim Fit Long Sleeve Underlay Fashion Casual Top

Must Watch Video

Advertisement