Skip to main content

Hiburan

Leona Jelaskan Foto Baju Pengantin Hanya Gimik Muzik Video - “Berak Pun Saya Beritahu TikTok, Takkan Kahwin Senyap”

rff

Sekilas

  • Kasih Iris Leona jelaskan gambar dirinya dalam busana pengantin hanyalah prank dan dia belum berkahwin atau mempunyai pasangan.
  • Leona menegaskan dia tidak mungkin berkahwin secara senyap kerana suka berkongsi hal peribadi di media sosial.
  • Gambar tersebut sebenarnya adalah untuk watak pengantin dalam video muzik terbaru penyanyi Ryenald Guntabid.

Personaliti media sosial, Kasih Iris Leona tampil memberikan penjelasan berhubung beberapa hantaran tular yang memaparkan dirinya mengenakan busana pengantin sehingga mencetuskan spekulasi kononnya dia telah bernikah secara senyap.

Menurut Leona, semua perkongsian tersebut hanyalah gurauan atau prank semata-mata dan menegaskan dirinya masih belum mempunyai pasangan.

“Maaf buat prank. Korang ingat saya akan kahwin senyap-senyap ke? Berak, kena langgar kereta, patah hati pun saya bagitahu dalam TikTok.

“Nampak sangat saya tiada kekasih atau suami. Jangan kata suami, teman lelaki pun saya tiada untuk dikongsikan,” katanya.

Leona berkata demikian menerusi satu perkongsian di media sosial bagi menjawab kekeliruan dalam kalangan netizen.

Tambahnya lagi, tidak masuk akal untuk dia berkahwin secara diam-diam memandangkan sifatnya yang gemar berkongsi perkara peribadi di media sosial.

“Ini semua prank. Korang percaya ke saya akan kahwin senyap-senyap? Tiada maknanya. Kalau saya kahwin, saya akan pastikan cincin kahwin dari 10 kilometer pun sudah nampak,” katanya berseloroh.

Bagaimanapun, Leona mengakui isu berkenaan membuatkan dirinya terfikir dan berasa teruja dengan idea berkahwin secara senyap-senyap.

“Jangan risau, saya belum kahwin. Tapi bila isu ini viral, saya macam rasa seronok pula kalau kahwin senyap-senyap,” ujarnya.

Terdahulu, Leona mencuri perhatian netizen selepas memuat naik beberapa gambar dirinya mengenakan busana pengantin berwarna putih di sebuah majlis perkahwinan bertemakan ‘garden’, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi.

Namun hasil tinjauan mendapati, Leona sebenarnya tampil sebagai watak pengantin dalam video muzik single terbaharu penyanyi Ryenald Guntabid berjudul Gagal Setia.

Sebelum ini, Leona pernah menyuarakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dan mengakui sudah tiba masanya untuk bergelar isteri.

Malah, tahun lalu Leona pernah meluahkan rasa cemburu melihat kebanyakan rakan seusianya sudah mendirikan rumah tangga, sekali gus mengharapkan dirinya turut bertemu jodoh pada masa akan datang.

 

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

Must Watch Video

Advertisement